Saturday, January 1, 2011

chap 12

   “awak sihat Aufa?”  soalan itu sempat ditangkap oleh deria pendengaranku. Apa dia rabun? Kalau aku sedang terlantar sakit, sudah tentunya aku tidak berdiri di sini, di biliknya ini.

“seperti yang tuan lihat,”aku menjawab lalu menghadiahkan sebuah senyuman sinis untuknya. Untuk apa? Aku sendiri tidak pasti. Mungkin untuk luka yang aku tanggung selama ini. Mungkin juga kerana dia tiba-tiba muncul lagi di hadapan. Entah.
“jemput duduk,”pelawanya sambil tersenyum.
Senyumannya tetap sama dan bisa mencairkan hatiku yang selama ini memang terisi dengan namanya. Oh, Tuhan.... apa lagi dugaan untuk aku? Hatiku kian berdebar, jantungku sudah berdegup kencang.
Aku mengambil tempat duduk di hadapannya. Aku jadi resah tatkala matanya sedari tadi hanya memandang aku. Seingat aku, semuanya lengkap. Tanganku segera merayap ke  kepala, mana tahu mungkin tudungku sudah senget dan baju kurung yang aku pakai, okay sahaja!
“yes, may I help you?” kataku akhirnya dan dia segera mengalihkan pandangannya ke skrin komputernya semula. Baru tau gelabah!
“err... tak ada apa-apa. Awak boleh keluar sekarang,” ujarnya pula sebelum aku lihat matanya memandang pada sebuah frame gambar di atas meja. Biarpun hanya melalui ekor mataku sahaja, namun aku tahu, dia seolah-olah baru sedar dari mimpi. Tentu gambar dia dan isteri.
Tanpa berlengah aku terus meninggalkan dia. Apa guna lagi aku di situ. Sudah jelas di penglihatan aku sebentar tadi. Dia tidak punya sebab kenapa memanggil aku ke sana. Aku mempercepatkan langkah, mahu segera sampai ke bilikku sebelum kaki ini rebah di mana-mana.
“bodoh!” kata-kata itu terluah dari lidahku sebaik sahaja penggungku terhenyak di kerusi. Aku memejamkan mata. Lemah! Itulah kata-kata yang lebih sesuai sebenarnya. Tidak sangka setelah bertahun-tahun lamanya, kasihku padanya masih lagi kukuh. Aku masih lagi berharap padanya. Kerana itu aku tidak kuat.
“astaghfirullah....” aku beristighafar. Kenangan lalu biarlah terkubur begitu sahaja Aufa. Kenapa masih mahu diingat? Orang cakap buang yang keruh ambil yang jernih.
Tiba-tiba pintu bilikku diketuk. Aku segera mengesat air mata yang entah bila mengalir.
“masuk!” wajah riang Daniel muncul di muka pintu.
“I dah agak dah!” katanya sambil tersengih.
“agak apa?” soalku garang.
“you jadi macam ni.”
“macam mana?”
“eh, tanya I pula. You baru lepas nangis kan?kan?”
“you ni kena tukar jadi kerja tok nujumlah!” balasku sambil tersenyum.
“see, you are smiling,” katanya pula, juga tersenyum sambil memandangku. “you know how much I love you?”
Aku mengangkat kening sebelah. Dia dah mula nak melalut seperti biasa.
“Daniel,  you tak perlu nak confess ‘i love you’ untuk buat i senyum. Macam-macam jelah you ni. By the way, kenapa you cari i?” soalku padanya. Aku perasan perubahan riak di wajahnya sesaat namun akhirnya dia tersenyum jua.
“you letak je call I tadi. Tentulah i risau. Then, masa datang sini tadi, Nana cakap Adam panggil you. i pun sembanglah dengan Nana kejap. Lepas tu you menonong je masuk office, tak pandang kiri kanan. I thought there must be something. And i tahu, you might need some time to cool down yourself. Jadi... i tunggulah sekejap lagi before ketuk bilik you.”
“hai macam-macam. You tak busy pula hari ni Daniel?” 
“bukan selalu I nak jalan-jalan sembang dengan you Aufa. Patutlah hati tak sedap. Rupanya you bersedih hati,” katanya sambil tersengih.
Aku ketawa. Melayan dia, tentunya kerja aku yang tak siap.  Dia begitu pandai mengambil hati aku.
“sebagai balasan, i temankan you malam ni,” balasku.
“seriously?”soalnya pula dengan riak wajah yang tidak percaya.
“yela. Kenapa you excited lebih-lebih pula ni?”
“you bukannya senang nak terima pelawaan I. Janji ni, tak boleh tarik balik.”
Aku menggangguk.
“dinner biasa je kan?”
“err... dinner dengan family I sekali,” balasnya lambat-lambat.
“what?” kini aku pula yang ternganga.
“you already made your promise. Tak boleh cancel ok!”tegasnya.
“ala Daniel, i thought it will be just between you and me,” suaraku mengendur.
“oh, you nak dating dengan i lah ni?”soalnya pula lalu ketawa.
“bukanlah! Just temankan you makan. Ini makan dengan family you. cuaklah I,” balasku.gila ke apa!
“nak cuak apa, bukannya jumpa bakal mak mertua,” katanya lalu menjelir lidahnya padaku.wajahku terasa bahang tiba-tiba. Malu apabila dia berkata begitu. Sedangkan aku tidak bermaksud apa-apa.
“dahlah!shuh..shuh... pergi balik office you! i nak buat kerja. Kacau aje!” halauku sambil tanganku ligat menyusun kertas-kertas di atas meja. Dia tersengih lalu bangun.
“malam ni pukul 8 I datang ambil you.”
“ye!”
“jangan lambat!”
“ye Daniel!” balasku semakin geram dengan arahannya yang bertalu-talu.
“pakai lawa-lawa nak jumpa mak mertua!” aku dengar dia ketawa.
Belumpun  sempat aku membalas sindirannya itu, dia menutup pintu. Masih kelihatan lagi dia yang ketawa riang di sebalik cermin pemisah bilikku. Cis! Saja buat aku malu Daniel ni! Akhirnya aku ketawa sendiri.







0 comments: