selepas menunaikan solat maghrib, aku bersiap ala kadar malam itu. sehelai blaus dan seluar jeans giodano kesayanganku menjadi pilihan. serba tak kena aku jadinya. memang pandai putar belit betul si Daniel ni. dah terlanjur berjanji, kenalah tunaikan.
Hon kereta berbunyi saat aku sedang mengenakan pin yang terakhir pada tudung. Jam di dinding kupandang sekilas. Tepat 8.00 malam! Itulah salah satu sifat yang aku kagumi tentang dia. Sangat menepati masa. Cubalah semua orang di dunia ni menepati masa macam dia, tentu tidak wujud peribahasa ‘masa itu emas’ sebab tak ada pun orang yang membazir masa.
Handbagku di atas meja segera kucapai kerana handphone sudah menjerit-jerit minta diangkat.
“I dah siaplah Daniel.kejap i turun,” kataku sebelum terus mematikan panggilan itu.
Aku berlari-lari anak mendapatkan kereta Daniel di luar pagar. Ketika itu dia sedang kusyuk menyanyikan lagu kegemarannya dalam one tree hill, missing you.
“apasal you kelam kabut sangat ni? Tengok, dah senget tudung you. tak tengok cermin ke?” aku terus memandang cermin sisi. Ya Allah, macam mana boleh senget ni? Tadi ok aje. Belumpun sempat aku membetulkan tudung,tangannya terlebih dahulu memintas tindakanku.
“thank you,” jawabku sambil tersengih. Sweet pula si Daniel malam ni. “tapi lainkali biarlah I buat sendiri. Tak manislah kalau orang tengok.”
“ok!” balasnya pendek lalu memulakan perjalanan. ake pelik dengan perubahannya yang tiba-tiba. tadi bukan main riang.
Dia hanya diam sepanjang perjalanan itu. Apatah lagi aku. Tidak senang dengan kebisuan kami, aku memecahkan kesunyian dengan menyanyi-nyanyi kecil mengikut lagu di radio.
“sedap juga suara you ye?” dia menegurku sambil tersengih.
“akhirnya, you buka mulut juga!”
“yela... i kecil hati dengan youlah,” jawabnya tanpa kiasan dengan pandangannya tertumpu di jalan raya.
“alalala... you dah tua macam ni pun nak merajuk lagi? Teruklah i macam ni!” aku dengar dia ketawa besar.
“ betullah. I punyalah sweet habis tolong you tapi kena you marah macam tu,” katanya dengan nada merajuk. Aku ketawa. Dia memang betul-betul terasa rupanya.
“ i’m so sorry Daniel. I bukan marah you lah. You ni macam budak-budak.”
Aku lihat dia tersengih lagi. Entah apalah yang bermain di fikirannya saat ini. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.
“hah! You lah ni call I tadi. Tak sempat buat final check!”
“aduss.... you ni, terkejut I. I tengah drive kan. Janganlah buat intonasi mengejut macam tu sayang,” ujarnya sambil mengurut dada. Ditambah dengan riak wajahnya, aku yakin dia memang betul-betul terkejut.
“err.. sorry,” balasku pula sambil tersengih.
“you cakap apa tadi? I call you?bila?” pandangnya sekilas sebelum matanya kembali ke jalan raya.
“masa tunggu i tadilah.”
“mana ada. I tengah sedap melayan lagu kan tadi. Lagipun i tahu you takkan lambat,” jawapannya mengelirukan aku.
Aku kelam kabut mengeluarkan handphone. Jangan kata aku tersalah jawab panggilan lagi.
“unknown number,” sebutku perlahan sambil memandang Daniel di sisi.
“my dear Nuriz Aufa... takkan you...” dia memandangku penuh tanda Tanya. Sudah tentu ‘salah orang’ menjadi tekaannya kini dan apabila aku mengangguk, dia terus ketawa. Ketawa sampai hilang suara. Cis! Bengang dengan sikapnya, aku terus mendiamkan diri sehingga tiba ke destinasi yang bakal menemukan aku dengan keluarganya.
“aufa, dahlah tu. Muka I ni tak cukup hensem ke sampai you dari tadi asyik pandang ke luar tingkap je?”pujuknya setelah aku hanya kaku di situ biarpun dia telah memberhentikan kereta di parking lot.
“sayang...” panggilannya begitu perlahan, lembut terus menusuk ke hatiku.
“tengok. I kena panggil you lembut-lembut baru you nak pandang i ye?pandai betul you,”ujarnya sambil ketawa riang. Langsung dia terlupa dengan rajukan aku sebentar tadi. aku pula baru nak feel, terus hilang. Mana aku nak percaya dengan semua kata-kata manis daripada dia andai begini akhirnya,aku dipermainkan sahaja.
“dahlah. Malas nak layan you,” balasku lalu keluar dari kereta.
aku berjalan laju, meninggalkan dia di belakang. dari ekor mataku, aku lihat dia berlari-lari anak.
"aufa!" dia memanggil.
"apa?" langkahku terhenti saat itu juga. benar-benar tidak sangka dengan apa yang dijamah oleh mataku saat ini. Adam!