Friday, March 6, 2009

chap 8

Aku mengemas pakaianku yang berlonggok di atas katil. Sudah menjadi kebiasaan aku seminggu sekali mencuci baju. Cukup seminggu, bertimbun-timbunlah baju yang terkumpul dan sejam lebih aku peruntukan di hujung minggu untuk berdobi. bukan aku sengaja menangguh kerja cuma selang masa yang terhad membuatkan aku tidak sempat memanjakan diri pun apatah lagi mencuci pakaian-pakaianku.

sehelai demi sehelai baju sudah tersusun di dalam almari. penuh bahagian atas, aku letak pula bahagian bawah. sedang aku asyik mengemas, mataku tertancap pada satu benda yang telah lama kenangannya tersimpan paling jauh ke dalam hatiku. tanpa berlengah, aku mengambil album gambar itu.

aufa & adam...



itulah yang tertulis di luar album gambar itu. hasil dari tangan Adam, lelaki yang pernah aku cintai dulu malah cintanya masih kurasai ke saat ini. helaian pertama segera kubuka. keinginan untuk menatap wajahnya terasa membuak-buak. ade sekeping kanvas yang berlipat-lipat di situ. kanvas yang berwarna itu, aku buka lipatannya. terserlah satu wajah yang menjadi kerinduaanku selama ini. sambil memegang potret milik Adam, aku bangun dan menuju ke katil. masih segar di ruang ingatanku bila saatnya aku melukis sekujur wajah itu.

"wah, sayang... cantiknya. pandai sayang lukis," puji Adam. Agenda aku ingin mengejutkan dia dengan hadiah itu tidak kesampaian.
"Ala, macam mana adam tahu Aufa ada kat sini?" aku menyoalnya.
"kan sayang memang selalu lepak sini petang-petang. tadi Adam pergi rumah. Lin cakap sayang dah keluar dengan barang-barang melukis ni," katanya lalu duduk di sisiku. dia tersenyum. aku kagum dengan sifatnya yang begitu prihatin tentang apa yang aku buat, di mana aku berada. naluri hatinya tentangku biasanya tepat belaka.
"pandai Adam ye!" pujiku ikhlas. dia tersenyum lagi.
"bila nak kasi Adam gambar ni?"
"buat apa nak kasi Adam gambar Adam?"aku mengelat."Aufa nak simpanlah potret Adam ni. nanti kalau-kalau Aufa rindu ke, terubat sikit rindu Aufa tu," balas aku lalu ketawa bersungguh-sungguh. terasa lucu pula dengan ayatku sendiri.
"Aufa lukislah potret Aufa untuk Adam. potret kita berdua,"pinta Adam.
"kalau macam tu, Adam kena bayarlah. pelukis amatur macam Aufa ni, murah je," balasku lalu ketawa lagi. dia pun turut ketawa.
"Adam bayar dengan ni, boleh?" katanya lalu menghulurkan sebuah kotak kecil kepadaku.

petang itulah kali terakhir aku melihatnya, mendengar tawanya, menerima hadiah daripadanya kerana selepas itu malapetaka muncul dalam hidup kami. sebentuk cincin yang dia hadiahkan kepadaku petang itu sudah tiada makna lagi. semuanya musnah apabila dia memberitahu ku bahawa sepupunya telah mengandung anak luar nikah dan dia terpaksa menanggung beban itu. sungguh murni hatimu Adam, tapi kemurniaan itu menghancurkan jiwaku ini.

setelah sekian lama aku menyimpan air mata, hari ini tidak bisa lagi aku menahannya. 3 tahun bukanlah satu masa yang singkat namun bukan jua masa yang cukup lama untuk aku melupakan kedukaan itu. potret Adam kucium berkali-kali persis dia sudah tiada di dunia ini. hakikatnya dia bukan lagi milikku.

berhentilah menangis Aufa. izinkan dia dan kamu mengecap bahagia.

suara hatiku bertingkah.

aku tak mampu untuk melenyapkan bayangnya dari fikiranku...

kamu boleh Aufa. 3 tahun kamu belajar melupakan dia. biarlah kenangan itu ada bersama kamu tapi bukan tuan empunya kenangan itu!! kamu mesti sedar!! beri peluang pada hati kamu untuk menerima orang lain Aufa...

aku mengamati kata-kata itu. bukan daripada sesiapa melainkan dari diriku sendiri jua. aku bangun. menangis lagi! betul! hanya kenangannya sahaja yang bersama aku. bukan tuan empunya kenangan. aku harus menerima kenyataan itu.

bagaikan tersedar dari mimpi ngeri, respon dari badan pantas menyambung semula kerja yang tergendala sebentar tadi. dalam kesempatan yang sedikit cuma ini pun, aku masih sempat melayan perasaan.

usai mengemas di dalam bilik, aku melangkah pula ke ruang dapur. banyak barang dapur sudah habis. aku harus segara memenuhkan ruang dapurku ini, jika tidak, alamatnya tak berasaplah dapurku nanti.

setelah menyenaraikan barang-barang yang harus dibeli, aku segera menukar pakaian. hatiku tersenyum. hari ini aku punya alasan untuk membeli-belah. aku mengenakan pakaian seringkas mungkin. alah, bukan pergi berdating atau jumpa client! cukuplah sekadar berseluar jeans dan blaus ungu kesayanganku. aku menyisir rambut, menempek sedikit bedak asas dan mengenakan tudung turki hadiah dari untie Zie. nah, aku sudah siap!

SURPRISE!!!!!!

Aku dikejutkan dengan jeritan itu sebaik sahaja pintu apartment terbuka. entah apa reaksi yang aku tunjukkan. di depanku kini terdapat lebih dr 10 orang teman-teman sepejabat dan sebijik kek yang dipegang oleh Lin. saat mereka menyanyikan lagu selamat hari lahir, aku hampir menangis. sungguh! aku benar-benar terlupa bahawa hari ini adalah hari lahirku sendiri.

aku menjemput mereka masuk. mujurlah aku sudah berpakaian yang sesuai. buatnya aku hanya berseluar pendek dan berbaju tanpa lengan seperti tadi?

"baby, happy birthday!" ucap Lin. dia memelukku. saat itu, aku tidak mampu berkata apa-apa melainkan rasa sebak yang teramat sangat.
"ni, idea aku tau!"bisiknya lagi ke telingaku.
"aku tak tau nak cakap apa. i am speechless my dear!" balasku.

Lin membantu aku melayan tetamu yang ada. walaupun tidak seramai mana tapi ia cukup membuatkan ruang tamuku sangat meriah.

"tapi rumah aku tak ada makanan. aku baru nak keluar bershoping," kataku pada Lin. saat itu aku berasa sangat menyesal kerana tiada apa-apa yang dapat aku jamu tetamu-tetamuku ini.
"kau jangan risau. we already take care of it. jeng..jeng... Pizza hut, ice cream buskin robin.kau tau tak siapa yang belanja semua ni?"
"siapa?"
"Daniel!" balas Lin. pandangan mataku menyoroti susuk tubuh milik Daniel. dia bersama teman-temanku di ruang tamu sambil melayani mereka. aku lihat dia ketawa. aku lihat dia menghulurkan kotak pizza hut kepada mereka. dan di saat berikutnya aku mengamati dia ,pandangan mata kami bertembung.

"happy birthday dear!" aku tidak mendengar barisan ayat itu. tetapi melalui gerak bibirnya, aku tahu memang itu yang disebutnya. aku jadi kelam kabut. pantas aku menukar sudut padangan mataku. Dear? maksudnya sayang. dia sayang aku? mustahil! mustahil kerana kami baru bertemu. jadi apa makna pandangannya? apa maksud baris ayatnya?

sekali lagi aku memberanikan diri, memandang dia dari tepi. nah! tertangkap lagi! saat itu aku sudah tidak dapat menyembunyikan lagi rasa gementarku. apatah lagi sedetik kemuadian, melalui ekor mataku, dia sedang menuju ke arahku, berjalan dengan penuh karisma.