Wednesday, December 17, 2008

.:chap 5- cinta itu kehilangan:.

'Cinta itu kehilangan…'

Kadang-kadang kita rasa kebahagiaan itu milik kita. Tetapi sebenarnya ia bukan milik kita. Kita diuji dan terus diuji untuk mendapat kebahagian yang lebih tinggi. Mungkin Allah sedang merencanakan sesuatu untuk hamba-Nya yang serba kekurangan ini. memang susah untuk aku hadapi perpisahan kali ini kerana kehilangannya yang tiba-tiba langsung tidak kuduga.
Kata mama, kita bersedia untuk bercinta apabila kita bersedia untuk kehilangannya. Aku tidak faham maksud mama dulu. tapi kini aku sudah mengerti. Cinta kepada manusia tak pernah berkekalan. Paling tidak, ia dipisahkan dengan kematian. Betul kata mama. Apabila kita bersedia menghadapi kehilangan itu, maka barulah kita bersedia untuk bercinta.
Tiga tahun aku membawa diri, mengejar makna hidup aku, mengejar cita-citaku di kota London. Tiga tahun ini juga mengajar aku erti dewasa.

Monday, December 15, 2008

.:ChAP4:.

'aku diduga lagi...?'
Pagi itu aku bangun seperti biasa. Bersiap ala kadar dan bersedia untuk ke kelas. Semester ini merupakan semester terakhir untukku. Pelbagai onak dan duri yang terpaksa kutempuh lewat setengah tahun ini kadang kala membuatkan aku tidak betah menghadapinya. mungkin ini ujian yang Allah turunkan untukku.
“sayang, adam kat luar ni!” ayat itu kedengaran tatkala aku menjawab telefon.
“kejap-kejap, aufa tinggal nk pakai tudung je.”

Aku menyegerakan pergerakanku, tidak mahu dia ternanti-nanti. Bekas alat tulis, buku nota, purse dan hanphone segera aku masukkan dalam beg sandangku.
“Mana Lin? Dia xikut?” soal Adam sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta.
“oh, lupa nak cakap. Boyfriend dia datang ambil. Dia dah ada boyfriend. Baru declare.” Kataku sambil tersengih.
“Akhirnya, dia dapat juga kekasih hati.” Balas Adam pul sambil tersenyum nakal.
“kenapa senyum macam tu?” soalku pula.
“ Bukan dulu dia suka Adam ke?” balasnya dengan muka bangga yang tak dapat dilindungi lagi. Bajet hot lah ni. Aku ketawa.
“kenapa sayang gelak pula? bukan betul ke? Waktu Adam hantar sayang dulu, dia macam interested je nak kenal Adam.” Jawab lelaki itu dengan wajah yang sangat lurus.
“taklah.. dia memang macam tu. Adam kan hensem mestilah die terpikat sekali pandang.” Balasku.
“yelah… syang je yang byk kali pandang pun tak terpikat lagi.”
“Hello… xkan lah saya nk terhegeh-hegeh kat awk pulak?sy kan perempuan. Lagipun masa tu sy masih gila lagi dibuat mamat yang curang tu!!”
“ok.. ok.. Adam minta maaflah sayang. Adam gurau je.” katanya lalu tersenyum. Senyuman yang bisa membuatkan aku tidak tidur malam.
Aku membalas senyuman. Hai, bahagianya hidup ini. andai inilah lelaki yang tercipta untukku alangkah sempurnanya hidupku. Tapi aku takut untuk menaruh harapan yang tinggi. Macam-macam boleh terjadi. Selagi dia bukan menjadi milikku, selagi itu aku harus akur yang dia bukannya hak aku.
“Hei, sayang!dah sampai. Fikir apa ni?” tegurnya. Baru aku perasan. Kami sudah tiba di cafeteria Fakulti aku. malunya. Macam mana boleh tak perasan ni.
Aku terburu ingin keluar.
“sayang ni sabarlah dulu!” aku menutup kembali pintu kereta lalu tersengih kepadanya.
“Aufa ingat Adam nak cepat.”
“memang nak cepat tapi…. kasilah kiss sekali,” aku terlopong mendengar permintaan pelik Adam ni. Semakin mengada-ngada pula dia sejak2 ajak kahwin ni.
“hish… Adam ni gilo ke apo?” aku cuba menyedarkan dia. “ kiss x ada. Ni adalah. Nk?” aku menunjukkan buku limaku.
“amboi, ganasnya sayangku ini.” dia ketawa. “tapi comellah.”
“Ala.. Adam ni macam-macam lah.”
“Betullah.. cepatlah sayang Adam tunggu ni!” katanya sambil tersenyum nakal dan dalam masa yang sama menghampiri aku. biar benar Adam ni.
“Adam!!!” dia tidak peduli dengan panggilan malah pintu kereta dikunci pula. apa yang harus aku buat?
“adam, janganlah. Aufa xsuka.. Adam janganlah!” kataku. Aku xsanggup lagi memandang lelaki didepanku. Tanganku menolak tubuhnya. Air mataku sudah tak tertahan lagi
“sayang, Adam gurau jelah.” Dia memandangku pelik mungkin dengan wajahku yang sangat ketakutan.
“Aufa nak keluar. Adam nak ambil kesempatan. Benci Adam. Adam tak sayang Aufa pun. Adam nak ambil kesempatan. Lepaskan Aufa. Aufa nk keluar. Unlock pintu ni!!” balasku sambil cuba membuka pintu keretanya. Apakah erti semua ini. aku penat dilayan begini. Gurauannya membuatkan nafasku sesak. Terasa nak pitam pun ada.
“sayang…. Adam bukan ambil kesempatan. Ya Allah… Adam minta maaf. Adam bersalah. Tapi Adam bukan nak ambil kesempatan. Adam sayang Aufa.”
“Aufa takut adam buat macam tu!” kataku sambil teresak-esak.
“ok2.. Adam tak buat lagi. Adam buat bila kahwin nanti je.” katanya sambil tersengih.
Sempat lagi nak bergurau. Paha kirinya, aku cubit. Geram benar aku.
“Lagi sekali Adam mengada-ngada macam ni, aufa xnk jumpa dengan Adam lagi.” Balasku.
“Ala.. janganlah macam tu. Rindulah Adam nanti kalau tak jumpa sayang.” Katanya.
“kalau macm tu janji jgn buat lg?”
“baik dinda.”
“eee… geli la panggil dinda-dinda ni.. tak sangka Adam macam ni eh. Manja..” kataku pula. yelah dulu sebelum aku betul-betul mengenalinya, dia kelihatan sangat gentleman. Tapi rupa-rupanya jiwang jugak. Lebih dari aku pula tu.
“yelah.. jomlah. Adam dah lambat ni.” Katanya lalu menarik hidungku.
“Adam!!! Hobi baru eh?” aku menjerit kesakitan. Dia hanya tersengih. Di saat aku menggosok-gosok hidung, pintu kereta dibukakan untuk aku.
“Alala… kesian. Dah merah hidung tu!” katanya sambil ketawa.
Aku menampar bahunya. Tampar manjalah kononnya.
“Aduh…” dia sengaja mengaduh.
“ eleh.. jgn harap Aufa nk pujuk!” aku sengaja menarik muka masam lalu berjala , meninggalkannya.
“sakitlah…”
“Alamak sakit ke? Sory2… Aufa tampar perlahan je.” aku berpatah balik kerana dia masih berdiri di tepi keretanya. Rasa bersalah menyelubungi diri.
“ Kiss dulu!”
“Adam!!!!” marahku. Dia ketawa lalu menarik tanganku berjalan ke cafeteria.
Di kafateria, Adam memilih meja yang paling hujung. Nak privasilah tu. Aku tersenyum dalam hati. Memang perangainya jika bersama aku mesti nak jauh dari orang ramai. Terasa dihargai pula. bertambah2 lah senyumku dipagi-pagi hari ni.
“hah, ni tersenyum sorang2 ni pehal?” tegurannya mengejutkan aku. nasib baik tak sakit jantung.
“ala, Adam ni senyum pun tak boleh.? Kataku.
“Yelah, tak kisah pun tapi senyum awak tu lain macam je..” balasnya. dia ketawa.
“apa-apa jelah Adam ni,” balasku pula.
Roti cheese sudah terhidang di depanku. Begitu juga dengannya tapi dengan hidangan yang berbeza. Lelaki biasalah. Makan banyak. Metabolisma tinggi. Apatah lagi buah hati pengarang jantungku ini. makanannya dua kali ganda makananku. Kuat makan betul. Tapi badan tak naik pun. Body maintain je. Ttough. Bila aku tanya macam mana boleh maintain, dia cakap exercise dan pergi gym. Hmmm… menarik.
“hai.. ushar body Adam ke?” tersedak aku. macam mana dia perasan? Ya Allah… Adam ni semua dia nampak. Selama ni kalau aku korek hidung ke diam-diam, entah2 dia perasan. Ish… tapi rasanya tak pernahlah aku buat depan dia. Ok, selamat!
“Biarla nak ushar. Bukan luak pun,” balasku lalu tersengih.
“Hmmm..mesti perempuan lain pun suka ushar body Adam kan?” dia ketawa.
Aku menyepak kakinya di bawah meja. Bukan boleh mula. Mesti dia akan melalut punya.
“Aduh… sakitlah sayang,”
“padan muka. Perasan!”
“ Yang perasan nilah pakwe awak ok!” dia ketawa lagi. Gembira betul dia pagi ini. baguslah. Aku pun tumpang gembira.
“Yela-yela.” Balasku malas mahu bertekak dengannya.
*******
Petang itu aku pulang ke rumah tanpa ditemani Adam seperti selalu. khabarnya dia pulang ke kampung kerana ada hal yang perlu diuruskan. Urusan apa aku tidak pasti kerana aku tidak mahu bertanya banyak tentang itu.
“Nah, Adam ada hadiah untuk Aufa,” katanya ketika dia datang bertemu aku dua hari yang lepas.
“apa ni?” soalku pula. tiba-tiba sahaja dia memberikan aku hadiah.
“saja buat kenang-kenangan,” balasnya lalau tersenyum. Aku mengambila bungkusan kecil itu.
“Aufa buka ya?” tanyaku dan dia mengangguk.
Alangkah terkejut besar aku apabila ada sebetuk cincin yang pernah menjadi idaman aku suatu ketika dulu ada di depanku kini. Aku tergamam seketika. Dia pula tanpa berlengah terus menyarungkan cincin itu di jariku.
“Aufa, Adam punya tau…”
Ayat itu masih terngiag-ngiang di ruang mindaku. Aku melihat cincin itu di jari manisku. Alangkah bertuahnya aku jika dia menjadi milik aku. alangkah bahagianya aku andai dia menjadi yang halal untukku. Alangkah sempurnanya diri ini andai bisa menjadi isteri yang terbaik untuknya.
Aku tersenyum sendiri. Kenapalah aku asyik teringatkan dia. Lama-lama aku ketawa. Angaukah aku? cintakah aku? aku tertanya-tanya apalah yang Adam buat tatkala aku sedang memikirkan dirinya saat ini.
Adam… Aufa rindu Adam…
Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Aku segera mencapainya kerana aku tahu panggilan itu dari lelaki pujaan hatiku. Bagai tahu-tahu pula yang aku sedang memikirkan dia.
“Hello sayang…” sapaku. Dia diam…
“Aufa… Adam minta maaf…Adam terpaksa…” suaranya kedengaran sedih.
“terpaksa? Terpaksa apa? Aufa tak faham?”
“sepupu Adam yang paling rapat dengan Adam pregnant. Lelaki yang buat tu hilangkan diri. Sayang, Adam minta maaf. Adam terpaksa…”
Aku terdiam… telefonku terjatuh dari tangan. Aku diduga lagi? Adam terpaksa berkahwin dengannya. Kenapa orang-orang yang aku sayang selalu kena rampas? Kenapa??
Empangan air mataku pecah. Kalau iman ku tak kuat, ingin sahaja aku terjun dari bilikku ini. aku menangis semahu-mahunya. Panggilan Lin tidak aku hiraukan. Aku kebuntuan. Aku kecewa. Cinta yang aku semai sekali lagi putus di tengah jalan. Mama, Aufa nak ikut mama…

.:ChAP 3:.

'Masa, bawalah dia pergi…’
Aku mesti melupakan dia. Mesti. Dia mungkin bukan lelaki yang diciptakan untuk aku. Kalau mungkin antara kami punya jodoh, aku serahkan semuanya kepada Allah Yang Maha Kuasa. Aku sudah tak berdaya bersedih begini. Hidup terumbang- ambing dan tidak bersemangat. Walaupun kesakitan masih dirasa namun apa lagi yang mampu aku lakukan. Berserah pada jodoh. Mungkin itu jalan yang terbaik. Lagipun sekarang berpacaran bukanlah satu keperluan yang dituntut. Aku kena belajar hidup tanpanya.
Tiba-tiba telefonku berbunyi. sekilas aku memandang ke skrinnya sebelum aku menjawabnya, nombor yang tak dikenali. Siapa pula?

“Hello…?” nadaku seakan bertanya siapa. Tiada sahutan. “ Hello?” kali ini aku kuatkan sedikit agar orang di sebelah sana mendengarnya.
“Errr… ya hello…” aku terpempan. Begitu lama suara ini menyepi dari halwa telingaku. Hilai tawanya, pujuk rayunya juga turut tenggelam bersama dengan semua kenangan. Kini aku pula yang tidak bersuara.
“Baby…” suaranya masih sama seperti dulu dan panggilan itu. panggilan itu tetap sama dan dialah satu-satunya lelaki yang mengambil aku ‘baby’ selain daripada ahli keluargaku.
Air mataku terus menitis laju. Tidak sempat langsung aku mengempangnya. Kenapa dia tiba-tiba muncul di saat aku bersedia melepaskan dia terus dari ingatanku ini. mengapa dia tiba-tiba menghubungi aku di saat aku bersedia melupakan dia sekaligus menyimpan kemas kenangan-kenangan kami di tempat yang tidak ada siapa yang akan ketemu.
“Jangan nangis…” pujuk lelaki itu. Ya, Mamat namanya. Mamat yang menghancurkn hati yang aku telah berikan kepadanya.
Klik… aku mematikan talian itu dan mematikan terus telefon tanganku. Pergi mamat, pergi! jangan kau tagih lagi cintaku dan segalanya yang menjadi milikku.

“Baby…” langkahku terhenti. Debaran dadaku pun berlagukan gementar. Perlahan-lahan aku berpusing ke belakang.
“hai..” Adam rupa-rupannya. Aku ingatkan Mamat. Sesaat saja sudah cukup untuk membezakan keseirasan wajah mereka.
“hai..” balasku lalu menonong meninggalkan Adam. Sedaya mungkin aku menahan air mata.
“maaf..maaf.. saya tak panggil awk dengan nama tu lagi ok?” aku terus melangkah. Mana mungkin aku menangis di depannya lagi.
“Aufa, maafkan saya!” aku mendengar suaranya. Langkahku terhenti.
“Dahlah Adam. Awak selalu buat saya menangis. Awak tau tak wajah dia sama macam awak. Awak tau tak bila awak ada depan saya, saya selalu membandingkan awak berdua,” balasku dengan deraian air mata.
“dan saya tak layak untuk awak?” soalnya. Renungan matanya menembusi mataku. Ada riak keikhlasan di situ.
“beri saya peluang Aufa. Saya tak berani menjanjikan apa-apa tetapi percayalah awakla perempuan yang muncul dalam mimpi saya.”
“saya takut Adam. Saya takut saya tak sempurna untuk awak dan awak akan tinggalkan saya mcam apa yang telah mamat buat pada saya. Hati saya hancur Adam. Seluruh cinta dan sayang saya, saya serahkan kepada dia.” Kenangan aku bersama mamat muncul di ruang fikiran. Berlegar-legar di situ. “saya takut saya tak berlaku adil pada awak.” kataku lalu melangkah dari situ.
tiba-tiba tanganku di tarik dari belakang. Langkahku terhenti. Dia memusingkan tubuhku ke arahnya lalu mengesat air mataku dengan tangan lelakinya itu. sebuah senyuman dihadiahkan untuk aku. senduku masih kuat tatkala merenung matanya. Oh masa, bawalah Mamat pergi dari hidup aku. ambillah dia dari sangkar memoriku. Nyahkan dia dari dalam hatiku. Biarlah lelaki di depanku ini mengisi tempat itu andai ini kebahagiaan yang Kau janjikan untukku.
Masa terus berlalu, Adam begitu baik buatku. Perihal hubungan kami sudah kuceritakan kepada Lin juga classmates aku yang tidak henti-henti bertanya tatkala melihat lelaki yang sama selalu menghantarku ke kelas. Dia pelajar akhir di fakulti kejuruteraan.
“hello, Adam dah kat luar ni. Mana Aufa? Kat studio lagi ke?” suaranya kedengaran di corong telefon bimbitku.
“tak. Kejap ye.” Balasku pendek. Kesiannya menungguku sudah setengah jam.
Sebaiknya pensyarah keluar dari kelas, aku pun turut mengikut jejaknya. Teman-teman pun tidak sempat aku nak menyapa.
Honda Jazz miliknya sudah kelihatan di ruang mataku. Aku mempercepatkan langkah tidak mahu dia ternanti-nanti.
“sorry..sorry..” kataku sebaik sahaja mengambil tempat duduk disebelahnya. “lecturer tadi lambat pula lepaskan kelas tadi. Kitorang dahla banyak benda nak buat. Geram betul. Dahla kasi assignment baru lagi. Adam dah mak…” kata-kataku terhenti tatkala berpusing ke arahnya.
“tangan berjalan kemas beg. Tapi mulut tu tak henti-henti bercakap. Geram Adam tengok!” katanya sambil tersenyum nakal.
Aku terdiam. Terasa darah menyerbu ke mukaku. Malunya. Dari tadi dia memerhati aku rupanya. Mataku terarah ke depan. Aku membetulkan dudukku.
“sayang, pandang sini!” arahnya. Aku membatukan diri. Sayang?? Makin bertambahlah ketebelan maluku itu.
“Adam rindu sayanglah. Pandanglah sini. Please sayang…” pujukannya menggetarkan jiwaku. Sekilas aku memandangnya.
“alah, sekejapnya. Tak sempat Adam nk tengok senyum seksi sayang tu..”
“Adam!! Mengada-ngada pula dia. Cepatla sayang! Orang dah lapar ni.”
“ha? Apa sayang panggil tadi? Adam tak dengar. Ulang lagi sekali..” pintanya penuh mengharap.
“Ala… Adam saje nk kenakan Aufa. Cepatla..” bertambah-tambah pula maluku.
“yela..nak manja-manja pun kena marah,” katanya seakan merajuk lalu menghidupkan enjin kereta dan berlalu dari situ.
“Adam…” aku memanggil namanya. Tiada sahutan. Merajukkah dia? Biasanya tak macam ni pun.
“ Adam…” aku manjakan suaraku. Aku lihat matanya tertumpu di depan.
“sayang…” aku cuba dengan panggilan itu.
“lamanya nk tunggu Aufa panggil macam tu!” katanya lalu tersengih.
“teruk!!” kataku seakan-akan merajuk dengan sikapnya.
“ hei sayang… jgn la marah ok?” pujuknya. Tanganku dicapainya. Digemgam erat dan dikucup. “Adam akan jaga sayang baik-baik!” aku terkelu. Betapa dia amat kasihkan aku. andai saat ini aku memikirkan lelaki lain memang akulah perempuan paling bodoh di dunia ini. setitis air mataku jatuh lalu cepat-cepat aku kesat. Aku tidak mahu Adam melihat air mata ini.
“kenapa air mata ni sayang?” makin ditegur makin laju ia bercucuran. Tanganku digengam erat. Saat senduku makin ketara, kereta sudah diberhentikan di bahu jalan.
“Aufa sayang Adam. Adam jangan tinggalkan Aufa. Aufa tak sanggup lagi kecewa macam dulu.” Dalam kepayahan melawan sebak, sebaris ayat itu keluar juga dari bibirku.
“Adam janji sayang…”
Walaupun aku takut untuk menaruh harapan yang tinggi namun biarlah ini pengakhirannya. Andai cintaku ini tak kesampaian, aku tak akan mencuba lagi.

.:Chap 2:.

'kisah cinta impianku...'

Penat betul hari ini. kerja bertimbun-timbun tapi fikiran aku tetap fikirkan Mamat. Apa dia buat sekarang. Rindu betul aku padanya. Namun aku sudah tidak punya hak itu lagi. Nak hantar sms, dia tak layan. Nak ym, dia tak layan. Hantar komen kat friendster, dia tak balas pun. Padahal orang lain boleh je dia balas. Mungkin dia nak buang aku terus kot.

Aufa!!! Bangunlah!!! Asyik fikir dia lepas tu nak nangis. Kau tak penat ke menangis? Entah-entah dia sedap-sedap je bergelak-ketawa guling-guling dengan kawan-kawan dia ke, awek baru dia ke. Sudahlah tu. Terimalah hakikiat Aufa!
Tapi aku tak boleh…


Kau boleh. Dulu pun kau pernah putus cinta.
Dulu tu aku x bercinta.
Sekarang?
Sekarang ye. Aku sayang Mamat tu.
Dah.. kesat air mata tu. Kesian mata kau.
Tapi aku sedih…
Bukakan hati kau untuk orang lain.
Hati aku? Untuk siapa?
Adam???

Adam? Nama itu terpacul dari bibirku. Lama lelaki itu menyepi selepas menyisipkan nota tempoh hari. Adam, Mamat? Dua-dua pun hensem. Yela muka pun sama. Entah-entah diorang berdua kembar. Tapi Mamat tak pernah cakap pada aku yang dia ada kembar sepanjang 2 tahun perkenalan kami. Kalaulah Lin tahu rupa Adam tu macam Mamat, mesti dia tak kutuk Mamat lagi. Lin tak boleh buat perspektif sebegitu kerana dia tak pernah kenal, tak pernah jumpa dan tak pernah tengok Mamat tu macam mana. Tetapi aku tak nafikan setiap orang punya pendapat sendiri. Mungkin first impression Lin terhadap Mamat sebegitu. Mamat, nama pun kurang komersial. Ish, kutuk ex aku pulak!
“Mamat, mamat… rugi betul awak lepaskan saya. Sikit punya baik saya layan awak, cuba memahami awak…”
“cantik, comel… rugi betul dia,” tiba-tiba ayatku disambung. Aku berpaling ke arah suara yang baru saja kedengaran.
“Adam,” namanya terpacul dari bibirku.
“Ye, saya. Kenapa muka awak macam tu? Terkejut? Atau rindukan saya?” tanya Adam dengan nada yang sengaja dilunakkan.
“Hello… memang taklah,” balasku garang.
“dekat library pun awak boleh mengelamun ye?” soalnya. Wajahnya penuh dengan riak kebanggaan kerana dapat mengenakan aku seperti selalu.
“Hah, apa awak cakap tadi? Saya cantik, comel. Oh, terima kasihlah,” kataku lalu mengemas buku-buku yang memenuhi meja, bercadang untuk pulang.
“Takkan dah nak balik?”
“Yes Mr.Adam. Any problems regarding that?” aku menjawab dengan penuh ketegasan.
“Shuu… awak ni cakap kuat sangatlah. Kebetulan pula. Saya pun nak balik. Jom saya hantar awak,” kata Adam. Masih lagi tersenyum. Macam-macam karenah lelaki ini. Cukuplah Mamat yang seorang itu. sekarang muncul pula mamat lain. Semakin serabut hidup aku.
“Ok then. Awak baliklah dulu. Saya ada buku nak cari,” balasku. Alasan yang aku patut cari sebenarnya.
“Come onlah Aufa, dah malam sangat ni. Kejap lagi library nak tutup. Awak nak balik dengan apa?”
Dia mengingatkan aku sesuatu. Dahulu, jika aku ke perpustakaan di malam hari, Mamat akan mengambil dan menghantar aku pulang ke rumah. Dan ini kali pertama aku ke perpustakaan sejak aku putus dengannya. Malam. Aku nak balik dengan siapa? Pandangan mataku jatuh pada wajah mengharap Adam. Ikhlaskah lelaki ini? Ada maknakah di sebalik kebaikannya? Atau dia sekadar ingin menolong?
“Yelah,” balasku mengalah. Dalam hati, aku menyalahkan diri sendiri kerana tidak memikirkan semua itu. Semuanya disebabkan oleh rasa teruja ingin ke perpustakaan. Mana tahu boleh jumpa Mamat. Tetapi Mamat tak pernah pun datang ke perpustakaan. Kenapalah aku tak fikir semua itu.
“hey, mengelamun lagi. Jom. Tak puas lagi pandang muka saya?” soalannya membuatkan aku kembali ke alam nyata. Pandangan mataku segera dialihkan. Malunya aku. Ya Allah, lama sangat ke aku pandang dia tadi? Teruk betul.
Sepanjang perjalanan, hanya radio yang berdialog di antara kami. Aku mahupun dia, kami bagai kehilangan kata. Aku dengan duniaku manakala dia dengan stereng dihadapannya.

“Cintaku ini anugerah terindah dari yang maha kuasa…
Cintaku padamu tak pernah berubah meskipun kita berbeza…
Apakah salah jika aku menyinta…
Apakah salah jika engkau ternyata pilihan hati telahan jiwaku ini…”

“maafkan bila ku tak sempurna…
Cinta ini tak mungkin kucegah..
Ayat2 cinta bercerita ,..cintaku padamu..”

“Dengarkanlah permintaan hati
yang teranginya yg sunyi
dan berikanlah erti pada hidupku,..
yang terhempas …
yang terlepas pelukanmu.. bersamamu… dan tanpamu…
aku hilang selalu…”

“Aufa, kenapa nangis ni?” akhirnya dia menegurku dengan riak cemas yang amat sangat. Aku sudah tidak dapat tahan lagi. Satu persatu lagu yang diputarkan membuatkan hatiku bagai dihiris sembilu.
“Awaklah, pasang radio. Semua lagu sedih-sedih. Mana saya tahan,” balasku menyalahkan dirinya yang sememangnya tak patut langsung dipersalahkan.
Dia ketawa. Kereta diberhentikan di bahu jalan. Aku lihat dia mengesat matanya. Suka benar dia mentertawakan aku. Sampai berhenti kereta. Salah aku juga, yang menangis depan dia kenapa. Tak malu! Teruknya Aufa.
“Adam,” panggilku. Dia tidak mengendahkan aku malah berterusan ketawa. Entah apa yang lucu, aku sendiri tidak tahu. Aku ada buat lawakkah? Rasanya tidak. Nampak gaya macam gentleman tapi jangan harap. Aku yang menangis ini bukan dipujuknya, walaupun aku bukanlah minta dia pujuk tetapi ditertawakan pula tu.
“Saya balik sendiri,” kataku lalu keluar dari keretanya. Ketawanya serta-merta berhenti. Ingat aku tak berani nak balik sendiri?
“Aufa!” dia memangilku. Aku berhenti melangkah.
“Maafkan saya,” pintanya dengan wajah yang serba salah. Aku tidak pasti sama ada benar ataupun tidak.
“Apa-apa jelah. Saya nak balik,” balasku malas. Aku ingin pulang segera sebelum empangan air mataku pecah lagi. Tak mungkin aku menangis di depan lelaki ini lagi.
“Nanti,” dia menarik tanganku dari terus melangkah. “saya hantar awak.”
Aku melepaskan pegangan tangannya, “Tak perlu!”
Aku terus mengorak langkah tanpa menoleh belakang. Kalau Mamat, dia mesti kejar aku. Dia takkan biar aku seorang diri macam ni. Dia takkan ketawa tatkala aku kesedihan. Air mataku mengalir laju. Aku biarkan saja.

* * * *

“Dah bangun pun kau?” Lin menegurku.
“Siapa yang baru bangun? aku dah lama ada kat ruang tamu ni, siapkan assignment Dr Sufien,” jawabku.
“Alah, weekand ni je aku merasa nak bangun lambat. Apa salahnya,” balasnya tidak mahu kalah. Aku biarkan sahaja ayatnya itu. malas mahu melayan.
“Kau apa cerita semalam? Balik rumah, mata merah. Lepas naik balik terus. Aku panggil pun kau buat tak tau je,” dia bertanya lagi. Dalam masa yang sama muncungnya dipanjangkan. Merajuklah tu.
“Adam hantar aku semalam. Tapi separuh jalan je,” jawabku malas.
“Kenapa separuh jalan?” soalnya ingin tahu.
“yang kau interested sangat ni kenapa?”
“hello.. Adam yang hantar kau pulang ok. Adam!” ada penegasan di situ.
“Jadi kalau Adam kenapa? Jeles pula dia. Kau nak kau ambillah,” balasku malas mahu bertengkar.
“Tak naklah. Dia sesuai apa dengan kau. Eee… sudah-sudah. Teruskan cerita,” katanya sambil tersenyum macam kerang busuk.
“ok. Lepas tu dalam kereta, kitorang diam je. dengar radio je yang bercakap. Lama-lama aku termenangis. Ter… ok,” kataku padanya. Malu benar untuk kuceritakan kepadanya tetapi memandangkan dia ingin tahu sangat.
“lah, yang menangis tu kenapa?”
“waktu tu semua lagu pun sedih je memanjang. Mana aku tahan,” balasku dengan muka sedih.
“lepas tu?” katanya sambil menggelengkan kepala. Dia pujuk tak.”
“tak. Dia siap berhenti kereta tepi jalan dan ketawa tak henti-henti.”
“sebab?”
“sebab aku cakap kat dia pasal lagu sedih tulah.”
“jujur sangat kau ni,” kata Lin lalu ketawa.
“lepas tu, aku dah tak tahan sangat, aku pun keluarlah dari kereta. Dia cakap, nanti. Dia hantar. Tapi aku dah malas dah. Sebenarnya aku tengah tahan dari menangis lagi. Teringat Mamat. Jadi aku pun jalan seorang diri,” jelasku.
“Berani pula kau?” soalnya dengan ketawa yang masih bersisa. Nada mengejek sebenarnya.
“Memanglah aku berani. Selang dua buah rumah je rumah kita.”
Inilah rahsia keberanianku semalam. Kalau tak, jangan haraplah aku nak jalan balik sorang-sorang. Aku ni dahlah penakut, lepas tu suka fikir macam-macam. Perogol bersirilah, pembunuh upahan lah. Suka benar Lin dengan cerita aku. Apa tidaknya pagi-pagi lagi dah buat dia tak kering gusi ketawakan aku.
Setelah tawanya reda, dia menghulurkan aku sesuatu. Adam & Hawa. Aku menjerit. Sudah lama aku mencari novel ini yang tiba-tiba lesap dari rak novel-novelku.
“Mana kau jumpa?” soalku pada temanku itu.
“Kalau aku cerita kau janji tak marah ok?” pintanya. Ini mesti ada sesuatu yang selama ini diselindungkan dari aku.
“err… sebenarnya aku pinjam novel ni hari tu. Lepas tu tiba-tiba hilang. Dan rupa-rupanya terjatuh bawah katil aku. Aku baca ni sampai tertidur dan bila bangun dah tiada.,” jelasnya dengan muka serba salah.
“nampak sangat kau tidur buas. Lepas tu kenapa kau tak inform aku?”
“aku ingat kau yang ambil.”
“aku pula tak tanya kau sebab aku ingat aku yang salah letak.”
“sorry my dear…”pujuknya.
“nasib baik dah jumpa. Kalau tak, aku ingat nak beli baru dah.”
“kenapa sampai macam tu sekali?”
“sebab aku sayang sangat buku ni. Inilah kisah cinta impian aku,” jelasku. Kulihat wajahnya seakan kabur, mohon pengertian.
“kau percaya tak, kalau aku cakap setiap orang punya kisah cinta impiannya yang tersendiri. Tanpa diorang sedar ataupun tidak tetapi setiap orang pasti inginkan hubungan yang bahagia dan pasangan yang memenuhi kriteria masing-masing. Faham?” soalku.
“Ok. Dan ini kisah cinta impian kau?” soalnya pula sambil menunjukkan novel Adam & Hawa.
“Lebih kuranglah. Tapi aku tak mintalah aku ditangkap khalwat ke apa. Just that, Adam mukhriz Gellespie digambarkan sebagai seorang lelaki yang sengat hampir kepada sempurna. Cara dia tackle Ain tu semula, kesabarannya dengan karenah Ain yang sangat sukar terima kenyataan, sifat romantiknya, kelembutannya pada Ain dan yang paling penting, dia sangat sayang dan cintakan Ain. So Sweet,” jelasku.
“itulah criteria lelaki yang kau nak?” Lin bertanya.
“well, that’s only a story,” kataku menjawab soalannya.
“Then, janganlah kau terlalu berangan-angan. Inginkan lelaki yang sempurna. Nanti kau yang sakit. Tengoklah sekarang, baru kena tinggal dengan Mamat, kau dah macam putus nyawa,”kata Lin.
“Impian aku Lin. Tercapai atau tidak terpulanglah. Tak salah aku mengharap. Lagipun cuba kau ingat balik kisah cinta Nabi Muhammad SAW dengan isterinya Khadijah, Nabi Yusuf dengan isterinya Zulaikha. Begitu juga dengan kisah Nabi Adam dan Hawa sekalipun. Mereka ditemukan selepas bertahun-tahun berpisah. Kisah mereka semua tetap punya ranjau yang berduri tetapi masih lagi hidup bahagia dan patut dijadikan teladan. Ini tidak. Brat Pit dengan Anglina Jolie yang dipuja. Siapa lagi pasangan Hollywood yang famous sekarang?”
“Becham dengan Posh,” takut-takut Lin menjawab.
“Tahu pun,”aku ketawa kerana berjaya mengenakan dia.
“yelah, aku faham,” jawabnya dengan rasa serba salah.
“tapi betullah kata kau. Aku baru putus dengan Mamat tetapi hidup aku dah terumbang-ambing. Aku sedar semua tu. Dan dalam masa yang sama aku sedang belajar menerima kenyataan dan belajar hidup tanpa dia. Aku minta maaf pasal hal ini. setiap sesuatu tu ada baik-buruknya. Mungkin pasangan Becham yang kau minat tu ada teladannya, kau ikutlah. Yang buruk, kau tinggalkan. Tak kiralah apa-apa pun,” pujukku. Aku tak nak jika dia terasa hati.
Aku lihat dia mengangguk. Aku perlukan kekuatan dan inilah sebahagian dari kekuatan aku. Bagaimana harus aku melupakan lelaki yang begitu penting dalam hidupku. Kadang-kadang aku menyesal, kenapa semua ini terjadi selepas 2 tahun perkenalan kami. Kadang-kadang aku menyesal, kenapalah aku menerima pelawaannya untuk berpacaran. Kenapa tidak aku tutup sahaja hati ini dari mana-mana lelaki yang mungkin akan mengecewakan aku. Tetapi kalau aku tak terima lalu bagaimana aku akan tahu rasanya bahagia itu? setidak-tidaknya ini menjadi satu pengalaman dalam hidupku, yang mendewasakan aku dan memberikan aku seribu satu erti kehidupan.‘

.:chap 1:.

‘Cintaku tak kesampaian… biar kucoretkan di atas kanvas…’

Aku melangkah lemah ke tepi Tasik Varsiti Universiti Malaya. Sudah sebulan aku begini. Mengenangkan diri yang sudah kehilangan kekasih hati. Betapa lemah dan kecewanya aku, hanya Allah yang tahu. Sesungguhnya aku amat menyayangi dia. Amat. Mungkin inilah yang dikatakan cinta. Terbayang-bayang di ruang mata kenangan kami bersama. Menonton wayang bersama, bergosip bersama-sama. Aku tersenyum. Namun lama-lama air mataku mengalir. Tidak dapat kutahan lagi.

“Assalamualaikum….” kedengaran satu suara memberi salam.


Aku segera mengesat air mata yang membasahi pipiku. Siapa pula mamat yang menyibuk ni. Nak layan perasaan pun tak boleh. Nak jogging, jogging jelah. Yang sibuk-sibuk sangat ni kenapa?
“Waalaikumussalam,” jawabku tetapi tidak memandang wajahnya.
“Boleh saya duduk di sini,” pinta lelaki itu.
“Duduklah. Bukan ada nama saya pun kat situ.” Balasku kasar. Aku sedar salah aku menjawab begitu tetapi disebabkan hati yang geram, aku sudah tidak kisah lagi.
“Buat apa kat sini?” soalnya lagi. Aku masih sama. Mataku tajam memandang ke arah tasik sedangkan dia berada di belakang aku.
“Nama saya Adam,” dia bersuara tatkala aku hanya berdiam diri.
“Ada ke saya tanya awak?” balasku sambil memandang ke arahnya. Aku tergamam. Ya ALLAH apakah ujian yang Kau turunkan ini. wajahnya, wajahnya serupa. Tatkala itu air mataku menitis laju. Esakanku makin kedengaran. Aku berlari meninggalkan lelaki yang bernama Adam itu.
* * * * * *
Aku melangkah laju menuju ke Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi, mengalunkan lagu ‘I’m yours’ kegemaranku. Haih, macam manalah aku nak lupakan dia, jika semua pun ada kaitan dengan dirinya.
“Assalamualaikum..kenapa Lin?” soalku sebaik sahaja menekan punat ok.
Dia menceritakan satu perkhabaran yang sangat mengejutkan aku. Belumpun sempat aku mengatakan sesuatu, terasa badanku melayang.
“Aduh…!” jeritku. Telefonku melayang meyembah lantai. Aku pula jatuh tersembam di anak tangga yang paling bawah. Peritnya rasa sakit ini. Macam- mana boleh jatuh ni? Aku berang di dalam hati. Dalam kepayahan aku mencapai telefonku yang masih lagi kulihat berkeadaan baik. Aku memanjangkan tangan yang masih terasa sengal-sengal ini. Tak dapat kucapai. Aku menggunakan daya kakiku pula. Tetapi malangnya, masih lagi gagal. Aku cuba untuk bangun. Namun aku jatuh kembali.
Tiba- tiba aku rasa ada sepasang tangan yang membantu aku untuk bangun.
“Lain kali jalan baik-baik,” katanya. Suaranya seakan ku pernah dengar sebelum ini.
“Adam!” nama itu terpacul dari bibirku tanpa aku sedari.
“Oh, ingat nama saya?” soalnya dengan nada yang terkejut. Aku tidak pasti sama ada dia benar-benar ikhlas atau hanya mengejek aku yang meninggalkan dia seminggu yang lalu.
“Macam mana boleh jatuh ni?” soalnya sambil memautku dan dalam masa yang sama mengutip barang-barangku yang berterabur di lantai.
“tak perasan,” balasku pendek.
“Tak perasan? Alasan tak perasan pun boleh jatuh tangga? Mengelamun lah tu!” katanya. Nadanya seakan marah.
“Mana ada saya mengelamun!” aku bengang.
“Habis macam mana boleh tak perasan tangga ni? Bukannya tak pernah lalu. Bukan hobi awak mengelamun ke?” tuduhannya membuatkan kepala aku berapi. Sudahlah kita ni baru je jatuh. Sakit pun belum hilang lagi.
“Yang awak nak marah-marah ni kenapa? Saya ada minta tolong awak ke? Saya ada kacau awak ke kalau saya mengelamun? Tiada kan?kan? terima kasih!”kataku lalu mengambil barang-barangku di tangannya. Kukesat air mata yang entah bila mengalir. Mengada-ngada nak keluar pula dia. Yang jatuh tadi tak nak keluar pula. Aku lepaskan tangannya yang memautku dari jatuh. Baru sahaja selangkah aku bergerak, aku hampir jatuh sehinggalah lelaki bernama Adam itu menyambutku.
“Dahlah, jangan menangis. Jom saya hantar awak pergi klinik,” nada suaranya seakan memujuk. Namun aku masih terasa hati.
“Tak nak. Saya boleh pergi sendiri kalau saya nak.” Aku cuba melepaskan tangannya yang memautku. Die berkeras.
“Saya hantar awak ok?” katanya lalu memapahku.
“Tak payah. Saya tak nak menyusahkan awak.” Balasku masih lagi berkeras.
“Yang awak ni mengada-ngada sangat kenapa? Orang nak tolong, tak nak pula. Padahal bukannya boleh berjalan sendiri pun. Hello… saya bukan nak mengorat awak pun!” pernyataan membuatkan hatiku semakin terguris. Bukannya aku pinta ini semua.
“Sudahlah awak, makin banyak awak cakap makin banyak awak sakitkan hati saya. Saya tau, saya pun tak inginkan awak. Saya bukannya perempuan perasan yang tak tau malu.” Aku kesat air mataku yang semakin deras mengalir. Jika ini ialah Mamat, tentu dia tidak sakitkan hatiku.
“Ok..ok.. saya minta maaf. Saya tak sakitkan hati awak lagi. Saya hantar awak pergi klinik k?”
“Tak..”
“Saya hantar awak!” katanya memintas kata-kataku.
Lelaki bernama Adam itu menghantar aku pulang. Aku tidak tahu sama ada dia mengambil kesempatan atau apa tetapi sepanjang dia bersama denganku tangannya tidak pernah tidak memautku. Dari aku mendaftar sebagai pesakit sehinggalah tiba ke pintu rumahku.
“Ya Allah, kenapa kau ni Baby? Kaki kau ni kenapa? Eh, jemput masuk encik…”
“Adam,” jawab lelaki itu sambil tersenyum. Senyumannya nampak pelik. Baby! Kulihat bibirnya bergerak-gerak sambil memandang aku. Gelakkan aku la tu.
“Sempat pula kau mengorat mamat ensem..ops Mamat pulak,” Lin berbisik ke telingaku ketika dia mengambil alih sebagai orang yang memapah aku.
Adam duduk di atas sofa selepas dipelawa oleh Lin yang bermulut banyak. Sukalah tu melayan lelaki hensem. Hmmm.. hensemkah dia? Kenapa aku tak berminat pun? Mungkin sebab Mamat kot? Oh, Mamat!
“Nama saya Lin. Jurusan Alam Bina. Building survey. Encik Adam pula, jurusan apa? Tinggal di mana?” Lin memperkenalkan diri tanpa segan silu.
“Saya, kejuruteraan,” Adam menjawab. Aku mencuri-curi dengar bait-bait yang keluar dari bibirnya. Lagi? Aku tertanya-tanya sendiri. Berpatah-patah ditanya sahabatku yang kurang tahu malu ni, 2 patah sahaja yang dijawabnya.
“Err.. saya nak minta diri dululah ye. Dah lambat dah ni,” katanya sambil memandangku. Wajahnya dihiasi dengan senyuman. Aku membalas pandangannya dengan perasaan serba salah.
“Terima kasih,” kataku perlahan sambil tersenyum kelat.
Aku menghantar Adam pulang dengan pandangan mata yang bergenang dek air. Lelaki ini, dia punya sesuatu yang mengusik hati aku. Ah, persetankan semua itu! Cintaku hanya untuk Mamat.
“Baby ….. mana kau cari Adam ni? Ya Allah hensemnya dia. Indah betul ciptaan Tuhan ni,” tanya Lin yang masih lagi terpandang-pandang kelibat lelaki itu yang sah-sah sudah tiada dalam pandangan mata.
“Gedik betul kau ni! Aku yang sakit ni, kau tak tanya pun. Lelaki tu pulak yang kau sibuk-sibuk. Apa punya kawanlah,” kata-kata itu terhambur dari lidahku. Akhir-akhir ini, butir bicara aku kasar benar. Aku perasan itu. tapi biarlah. Aku berbudi bahasa pun ditinggalkan orang yang kusayang. Sekarang biar aku jadi kasar sikit.
“Ala kau ni. Bukannya tak kenal aku ni macam mana. Dah 3 tahun kita berkawan. Aku gurau je,” balas Lin yang terasa hati denganku. Bibirnya dimuncungkan. Bajet comellah tu.
“Yelah, aku minta maaf. Tolong papah aku ke bilik,” pintaku dengan muka yang tak terkata meminta belas ihsan daripada temanku yang berdaya ini.
“Tau pun nak minta tolong. Tadi kutuk aku,” balasnya sambil ketawa.
“Yang kau tu pantang nampak laki sikit yang jadi camtu kenapa? Kenalah dengan perangai kau tu,” aku menjawab kata-katanya.
“Hai cik Aufa, nasib baik kau ni comel tau. Oleh sebab aku ni suka yang comel-comel jadi aku tolong kau,” katanya lalu memapah aku bangun.
“By the way, kau tau tak kenapa aku jadi begini?” soalku ketika dia memapahku ke bilik.
“Kenapa?”
“Sebab kaulah. Ingat tak waktu kau telefon aku cakap projek kita dekat site Putrajaya tu cancel tu, punya terkejut sampai aku jatuh tangga yang ada 19 anak,” kataku lalu mencubit lengannya. Geram. Dia mengelak.
“Sempat pula kau kira tangga tu beranak berapa ye?” balasnya lalu ketawa. Kurang asam betul.

* * * * * *

Kakiku semakin sembuh. Walaupun masih lagi terhenjut-henjut, aku masih lagi meneruskan hobi baruku yang sudah hampir 3 minggu kutinggalkan. Semuanya disebabkan kemunculan lelaki bernama Adam dan seterusnya kejadian malang yang menimpa aku. Jatuh tangga. arghh.. malunya.. harap-harap tiada yang menonton.
Adam… Marahkah lelaki itu?
Sekali pandang, cantik juga tasik ni. Walaupun ramai yang cakap airnya busuk, tapi tetap ada orang yang berkayak. Jadi tak kisahlah apa yang orang lain kata. Bila hati dah suka, dah tak bau semua tu dah.
Sejuknya angin kat sini. Rasa sahaja yang sejuk tapi, bagaimana angin tu tak nampak pun. Mungkin beginilah cinta. Tak nampak tapi dirasai. Sakitnya ditinggalkan, sakitnya kecewa, sakitnya sukar diubati.
Waa…. Rasa nak menangis. Dulu aku dengan Mamat selalu lepak sama-sama kat sini. Melihat orang berriadah, berkayak. Tapi sekarang, aku keseorangan. Betapa menyesalnya aku bila mengingati kisah kami yang terputus di tengah jalan. kadang-kadang rasa macam nak terjun je dalam tasik ni. Biar hilang terus. Tapi nanti kalau aku jadi hantu pulak macam mana? Lepas tu malam-malam kacau orang yang lalu-lalang kat sini. Ish.. tak nak jadi hantu..
“cantiknya lukisan awak,” suara itu mengejutkan aku. Ya Allah, nasib baik kuat semangat.
“tak reti nak bagi salam dulu?”
“awak yang tak dengar. Kusyuk sangat mengelamun. Ops, melayan perasaan. Macammana awak melukis sambil mengelamun. Hampir sejam saya kat belakang awak, tangan awak berjalan, tapi kepala awak tak bergerak langsung. Musykil saya,” jelasnya panjang lebar sambil tersenyum penuh makna. Makna apa? Aku sendiri tidak pasti.
“Adam..! say..”
“chup…chupp.. saya suka dengar awak panggil nama saya macam tu. Panggil lagi,” pintanya. Aku semakin pening dengan karenah lelaki bernama Adam ini.
“kenapalah awak selalu muncul di depan saya?” soalku lalu membelakangi dia dan meneruskan curahan perasaanku di atas sekeping kanvas. Kanvas yang saban hari menenangkan aku, membiarkan dirinya dicontengi aku.
“Nah, lukisan awak tiga minggu lepas. Dan ini barang-barang yang awak tinggalkan hari tu. Tak sayang barang betul. Dah lama saya nak bagi tapi awak dah lama tak datang sini,” dia menukar topik, tidak menjawab soalan aku.
Aku mendengar sahaja dia membebel. Malas betul aku mahu melayan. Kalau si Lin tu suka benarlah dia.
“Kaki awak dah ok ke?”
“Dah.” Tanganku masih ligat di atas kanvas.
“Ubat ada lagi”
“Ada.”
“Dah makan ubat hari ni?”
“Dah.”
“Bosan ke dengan saya?”
Aku mengangguk. lukisan aku yang buruk ni pun dikatanya lawa. Entah mana letak mata dia. Mamat tak pernah puji lukisan aku. Yelah, sebab dia tak pernah tengok aku melukis. Betul ke cantik lukisan aku ni? Boleh jual ke? Atau dia saja nak bodek aku? Huhu… tanya dia jelah..
“Adam..” dia sudah tiada di saat aku berpaling ke belakang.
maafkan saya’ . sekeping kad itu kubaca.