Thursday, October 8, 2009

chap 9


Langkah kakiku terhenti di situ. di sebalik tiang yang bisa melindungi tubuhku dari pandangan matanya. kenapa dia di sini? Kenapa aku mesti berjumpa dengannya semula di saat aku bersedia melepaskan rasa cintaku padanya?

Adam atau Mamat?

tetapi aku pasti memang itu Adam. pandangan mataku dan gerak hati naluriku tidak mungkin salah. aku kenal pada susuk tubuhnya. aku kenal benar dengan senyumannya. apa yang dia buat di sini? di syarikat tempat aku bekerja ini. jantungku berdebar-debar. degupannya semakin laju.

"Aufa, buat apa terjenguk-jenguk ni?" soal Daniel.

aku mengucap di dalam hati. tanganku mengurut dada, ternyata aku terkejut dengan sapaan Daniel yang tiba-tiba. entah dari mana dia datang, aku tidak pasti.

"sorry buat you terkejut," katanya memohon maaf. dia kemudian tersenyum.
" kalau I pengsan kat sini macam mana?" soalku. sengaja aku lepaskan rasa marahku bagi menutup kegugupan aku dan juga rasa maluku.
" I angkat you bawak balik rumah I la!" balasnya lalu ketawa.

aku menampar lengannya tatkala melihat kenyitan nakal matanya. akhir-akhir ini hubungan aku dan dia semakin baik sejak sambutan hari lahirku tempoh hari. aku melayannya seperti mana aku melayan Lin. dan baruku tahu sebenarnya dia juga masih lagi mencari wanita untuk dijadikan pasangan hidupnya. Lin pernah memberitahuku tentang niat Daniel untuk mengenaliku dengan lebih rapat. namun aku hanya membiarkan perkara itu berlalu seperti tiada apa-apa yang terjadi.

"Daniel!" pandangan aku beralih kepada suara yang memanggil Daniel.

Adam! dia semakin menghampiri Daniel, bermakna dia juga sedang menghampiri aku. Oh Tuhan, aku tak mampu menghadapinya lagi buat masa ini. aku tidak kuat andai rasa cinta itu kembali membara sedangkan cintanya bukan lagi milikku.

mujur juga aku masih di sebalik tiang ini. tatkala Daniel pergi menyapa Adam, aku pula melarikan diri meninggalkan mereka berdua. pintu lif yang terbuka memudahkan lagi sesi mengelakkan diri dari pandangan mata Adam.

saat pintu lif tertutup, aku terpandangkan Daniel yang nampaknya mencari-cari aku mungkin untuk diperkenalkan dengan Adam.  tidak semena-mena pandangan mata Adam jatuh pada wajah aku. pandangan mataku bertembung dengan pandangan matanya. dia kelihatan cuba menyatakan sesuatu. aku berdoa dalam hati semoga masa ini agar segera berlalu.

seminggu telah berlalu sejak hari aku terserempak dengan Adam. riak wajahnya ketika melihat aku masih lagi segar di ingatan. selepas itu aku sentiasa berhati-hati. aku tidak mahu berjumpa dengannya lagi. biarlah kenangan kami berlalu. hal itu aku ceritakan kepada Lin.

"kenapa kau lari?" soal lin padaku.
"habis, takkan aku nak sapa dia pula? tak mungkin Lin, setelah apa yang dia lakukan pada aku," balasku, yakin dengan jawapanku pada Lin.
" tapi kau tak pernah dengar penjelasan dari dia baby," aku terpujuk dengan panggilan 'baby'. panggilan yang pernah dipanggil oleh Adam juga.
"aku tak tau apa yang terbaik untuk aku buat masa tu lin. aku tengok dia, macam aku tengok laki orang," balasku, mengharapkan Lin memahami perasaanku.
" kalau kau jumpa dia lagi lepas ni macam mana?"soal Lin lagi.

Aku diam. persoalan itu masih belum punya jawapannya lagi hingga kini. ya, macam mana kalau selepas ni aku terjumpa dia lagi? apa reaksi yang terbaik untuk aku lakukan? apa perkataan yang paling sesuai untuk aku ungkapkan?

"hai, Adam lama tak jumpa.."
hmmm.. tak mungkin aku setenang itu.

"eh,Adam you buat apa kat sini?"
aku tidak sekuat itu.

"Adam, saya masih rindukan awak.."
gila! dia sudah berkahwin. mungkin sudah ada anak.

jadi apa yang perkara yang harus aku lakukan andaikata selepas ini aku bertemu dengannya lagi?

dalam asyik mengelamun mengenangkan si jantung hati yang terpisah, telefon bimbitku berbunyi. entah berapa lama ia memekik minta diangkat. apa tidaknya, telefon itu, aku tinggalkan di dalam bilik di tingkat atas. sedangkan aku sedang termenung di tingkat bawah.

aku berlari ke tingkat atas. siapa pula telefon malam-malam ni? tak reti ke masa orang nak rehat-rehat selepas seharian bekerja. tunggu jelah esok-esok. aku membebel di dalam hati.

"hello," aku bersuara sebaik saja menekan butang 'accept'.
suara di sana memberi salam. lelaki. aku melihat nama di skrin telefonku, hanya nombor yang tertera, bermaksud lelaki itu bukan dalam senarai teman-temanku atau orang-orang yang aku kenali.
"kenapa diam?" soalnya. aku baru tersedar yang aku masih belum memberi respon. lambat-lambat aku menjawab salamnya. hatiku sudah mengesyaki sesuatu.
" rindu you lah," kata suara itu lagi. aku terkejut. dalam diam aku berdoa. adakah aku hanya bermimpi?mana dia dapat nombor aku? tapi mungkin juga bukan dia. aku kembali ragu-ragu walaupun sekejap tadi hatiku benar-benar yakin.

" siapa ni?" soalku padanya,pada pemilik suara yang sedang menggetarkan perasaanku saat ini.
"Aufa tak ingat I lagi?" soal lelaki semula.
"tak," balasku. malas mahu berteka-teki. dan kalau betul pun itu Adam. biarlah dia tahu bahawa aku tidak inginkan dia lagi!
"sampai hati you tak ingat suara I lagi," suaranya mendatar.
" kenapa I kena ingat suara you lagi?" balasku. sengaja aku tegaskan ayat itu. biar dia tahu aku marah dengan tindakannya 4 tahun dulu.
"kenapa pula you tak perlu ingat suara I lagi? I ada buat salah dengan you ke?" soalnya pula. aku jadi bengang. soalanku tak di jawab, soalannya pula bertubi-tubi.
"ada apa you call I? nak sakitkan hati I lagi?" marahku. geram dengan sikapnya yang buat tidak tahu saja.
" Aufa, kenapa you marah-marah ni? I teringat you, jadi I call la. is that make you angry with me?" soalnya.
"yes!! of course! why after 4 years baru you nak call I? why after you dah kahwin dengan perempuan lain, baru you ingatkan I? why baru sekarang you nak cari I?" aku melepaskan marahku. terasa mahu saja aku tamatkan panggilan saat itu juga. tapi andai kata aku buat begitu aku takkan pernah tahu apa yang terjadi. aku tak akan dapat mendengar penjelasan darinya.

tiba-tiba suara di hujung sana ketawa. ya, Adam sedang ketawa. aku mengucap di dalam hati. ada ke patut saat genting seperti ini dia terbahak-bahak ketawa?

" Aufa, daniel ni.... "

dan aku tergamam tanpa suara.


Friday, March 6, 2009

chap 8

Aku mengemas pakaianku yang berlonggok di atas katil. Sudah menjadi kebiasaan aku seminggu sekali mencuci baju. Cukup seminggu, bertimbun-timbunlah baju yang terkumpul dan sejam lebih aku peruntukan di hujung minggu untuk berdobi. bukan aku sengaja menangguh kerja cuma selang masa yang terhad membuatkan aku tidak sempat memanjakan diri pun apatah lagi mencuci pakaian-pakaianku.

sehelai demi sehelai baju sudah tersusun di dalam almari. penuh bahagian atas, aku letak pula bahagian bawah. sedang aku asyik mengemas, mataku tertancap pada satu benda yang telah lama kenangannya tersimpan paling jauh ke dalam hatiku. tanpa berlengah, aku mengambil album gambar itu.

aufa & adam...



itulah yang tertulis di luar album gambar itu. hasil dari tangan Adam, lelaki yang pernah aku cintai dulu malah cintanya masih kurasai ke saat ini. helaian pertama segera kubuka. keinginan untuk menatap wajahnya terasa membuak-buak. ade sekeping kanvas yang berlipat-lipat di situ. kanvas yang berwarna itu, aku buka lipatannya. terserlah satu wajah yang menjadi kerinduaanku selama ini. sambil memegang potret milik Adam, aku bangun dan menuju ke katil. masih segar di ruang ingatanku bila saatnya aku melukis sekujur wajah itu.

"wah, sayang... cantiknya. pandai sayang lukis," puji Adam. Agenda aku ingin mengejutkan dia dengan hadiah itu tidak kesampaian.
"Ala, macam mana adam tahu Aufa ada kat sini?" aku menyoalnya.
"kan sayang memang selalu lepak sini petang-petang. tadi Adam pergi rumah. Lin cakap sayang dah keluar dengan barang-barang melukis ni," katanya lalu duduk di sisiku. dia tersenyum. aku kagum dengan sifatnya yang begitu prihatin tentang apa yang aku buat, di mana aku berada. naluri hatinya tentangku biasanya tepat belaka.
"pandai Adam ye!" pujiku ikhlas. dia tersenyum lagi.
"bila nak kasi Adam gambar ni?"
"buat apa nak kasi Adam gambar Adam?"aku mengelat."Aufa nak simpanlah potret Adam ni. nanti kalau-kalau Aufa rindu ke, terubat sikit rindu Aufa tu," balas aku lalu ketawa bersungguh-sungguh. terasa lucu pula dengan ayatku sendiri.
"Aufa lukislah potret Aufa untuk Adam. potret kita berdua,"pinta Adam.
"kalau macam tu, Adam kena bayarlah. pelukis amatur macam Aufa ni, murah je," balasku lalu ketawa lagi. dia pun turut ketawa.
"Adam bayar dengan ni, boleh?" katanya lalu menghulurkan sebuah kotak kecil kepadaku.

petang itulah kali terakhir aku melihatnya, mendengar tawanya, menerima hadiah daripadanya kerana selepas itu malapetaka muncul dalam hidup kami. sebentuk cincin yang dia hadiahkan kepadaku petang itu sudah tiada makna lagi. semuanya musnah apabila dia memberitahu ku bahawa sepupunya telah mengandung anak luar nikah dan dia terpaksa menanggung beban itu. sungguh murni hatimu Adam, tapi kemurniaan itu menghancurkan jiwaku ini.

setelah sekian lama aku menyimpan air mata, hari ini tidak bisa lagi aku menahannya. 3 tahun bukanlah satu masa yang singkat namun bukan jua masa yang cukup lama untuk aku melupakan kedukaan itu. potret Adam kucium berkali-kali persis dia sudah tiada di dunia ini. hakikatnya dia bukan lagi milikku.

berhentilah menangis Aufa. izinkan dia dan kamu mengecap bahagia.

suara hatiku bertingkah.

aku tak mampu untuk melenyapkan bayangnya dari fikiranku...

kamu boleh Aufa. 3 tahun kamu belajar melupakan dia. biarlah kenangan itu ada bersama kamu tapi bukan tuan empunya kenangan itu!! kamu mesti sedar!! beri peluang pada hati kamu untuk menerima orang lain Aufa...

aku mengamati kata-kata itu. bukan daripada sesiapa melainkan dari diriku sendiri jua. aku bangun. menangis lagi! betul! hanya kenangannya sahaja yang bersama aku. bukan tuan empunya kenangan. aku harus menerima kenyataan itu.

bagaikan tersedar dari mimpi ngeri, respon dari badan pantas menyambung semula kerja yang tergendala sebentar tadi. dalam kesempatan yang sedikit cuma ini pun, aku masih sempat melayan perasaan.

usai mengemas di dalam bilik, aku melangkah pula ke ruang dapur. banyak barang dapur sudah habis. aku harus segara memenuhkan ruang dapurku ini, jika tidak, alamatnya tak berasaplah dapurku nanti.

setelah menyenaraikan barang-barang yang harus dibeli, aku segera menukar pakaian. hatiku tersenyum. hari ini aku punya alasan untuk membeli-belah. aku mengenakan pakaian seringkas mungkin. alah, bukan pergi berdating atau jumpa client! cukuplah sekadar berseluar jeans dan blaus ungu kesayanganku. aku menyisir rambut, menempek sedikit bedak asas dan mengenakan tudung turki hadiah dari untie Zie. nah, aku sudah siap!

SURPRISE!!!!!!

Aku dikejutkan dengan jeritan itu sebaik sahaja pintu apartment terbuka. entah apa reaksi yang aku tunjukkan. di depanku kini terdapat lebih dr 10 orang teman-teman sepejabat dan sebijik kek yang dipegang oleh Lin. saat mereka menyanyikan lagu selamat hari lahir, aku hampir menangis. sungguh! aku benar-benar terlupa bahawa hari ini adalah hari lahirku sendiri.

aku menjemput mereka masuk. mujurlah aku sudah berpakaian yang sesuai. buatnya aku hanya berseluar pendek dan berbaju tanpa lengan seperti tadi?

"baby, happy birthday!" ucap Lin. dia memelukku. saat itu, aku tidak mampu berkata apa-apa melainkan rasa sebak yang teramat sangat.
"ni, idea aku tau!"bisiknya lagi ke telingaku.
"aku tak tau nak cakap apa. i am speechless my dear!" balasku.

Lin membantu aku melayan tetamu yang ada. walaupun tidak seramai mana tapi ia cukup membuatkan ruang tamuku sangat meriah.

"tapi rumah aku tak ada makanan. aku baru nak keluar bershoping," kataku pada Lin. saat itu aku berasa sangat menyesal kerana tiada apa-apa yang dapat aku jamu tetamu-tetamuku ini.
"kau jangan risau. we already take care of it. jeng..jeng... Pizza hut, ice cream buskin robin.kau tau tak siapa yang belanja semua ni?"
"siapa?"
"Daniel!" balas Lin. pandangan mataku menyoroti susuk tubuh milik Daniel. dia bersama teman-temanku di ruang tamu sambil melayani mereka. aku lihat dia ketawa. aku lihat dia menghulurkan kotak pizza hut kepada mereka. dan di saat berikutnya aku mengamati dia ,pandangan mata kami bertembung.

"happy birthday dear!" aku tidak mendengar barisan ayat itu. tetapi melalui gerak bibirnya, aku tahu memang itu yang disebutnya. aku jadi kelam kabut. pantas aku menukar sudut padangan mataku. Dear? maksudnya sayang. dia sayang aku? mustahil! mustahil kerana kami baru bertemu. jadi apa makna pandangannya? apa maksud baris ayatnya?

sekali lagi aku memberanikan diri, memandang dia dari tepi. nah! tertangkap lagi! saat itu aku sudah tidak dapat menyembunyikan lagi rasa gementarku. apatah lagi sedetik kemuadian, melalui ekor mataku, dia sedang menuju ke arahku, berjalan dengan penuh karisma.








Wednesday, February 25, 2009

:: cHaP 7

Aku meneliti kertas kerja yang terletak di depan mataku kini. Nun dihujung bilik, bergulung-gulung plan yg harus aku amati dan menyemak prosedurnya. aku kini tidak punya masa untuk diriku sendiri. tapi bagus juga, fikiran aku hanya tertumpu pada kerja-kerja aku di pejabatku ini.

sekilas pandangan mataku memandang sekeliling, menyoroti segenap ruang di dalam bilikku ini. berdindingkan ungu lembut, berlantai karpet indah dan yang paling aku kagumi tentang bilik ini, adalah salah satu dindingnya adalah cermin kaca dan aku dapat melihat panorama kota setiap pagi!

seketika terdengar getaran dia atas mejaku. Baru aku teringat, telefon bimbitku masih lagi bermodekan senyap sejak mesyuarat mingguan pagi tadi. tanganku kalut mencari makhluk kecik di sebalik kertas-kertas yang terdapat di atas meja. sesaat. suasana senyap. tiada lagi getaran. aku mengeluh. macam nilah bila sibuk meneliti projek. mesti meja bersepah dan telefon kesayanganku mesti entah dimana-mana tercampak.

telefon bergegar lagi..

"hello, baby! kau sibuk ke?"
" assalamualaikum..." balasku sengaja setelah mendengar kekalutan suara di hujung panggilan. siapa lagi kalau bukan si Lin. aku dengar dia ketawa lalu menjawab salam.
" aku nak ajak kau keluar. kau busy tak?" soalnya
"kalau setakat nak lunch tu boleh je," balasku pula.
seterusnya, aku mendengar dia berceloteh tentang beberapa perkara diselangi dengan hilai tawanya. nak cakap aku tak nak dengar, nanti kecil pula hatinya. nak dengar, kerja aku bertimbun macam bukit. tatkala dia memutuskan untuk menamatkan panggilannya, aku tersengih. faham pun kau dengan respon aku ni ya. aku tak berapa layan, maksudnya aku sibuk sayang....

bagai lipas kudung aku menyelesaikan kerja-kerjaku satu-persatu. aku tidak mahu ada kerja yang tertangguh dan selebihnya aku ingin aku ingin menunjukkan prestasi kerja yang baik .

jam menunjukkan pukul 1 petang.lin sudah menunggu aku di lobi bersama tunangannya, fikri.

haih... kenapa aku berjanji keluar makan dengan Lin pula. bukankah dia dah ada tunangnya. aku mengutuk diri sendiri kerana secara tidak langsung aku akan menjadi pak pacak di sisi Lin nanti.

aku keluar dari kotak lift dengan umat manusia yang kesemuanya sedang berhimpit-himpit tadi. menyesal pula aku kerana tidak menunggu lift yang seterusnya. bukan apa, aku tidak mahu mereka tertunggu-tunggu.

dari jauh, Lin sudah melambai-lambai ke arah aku. beria benar. Fikri di sisinya sedang tersenyum. aku perasan sesuatu pada lambaian Lin. dia seolah-olah meminta aku agar segera berjalan ke arah mereka.

aku mempercepatkan langkah.

"baby, lambatnya kau!" sapa Lin saat aku berdiri tegak di depannya. jariku pantas mencubit pipi gebu miliknya.
"mulut kau tu tak ada insurans. laju je panggil aku baby. depan tunang kau pula tu. malulah aku. kita-kita je tak apalah!" marahku sambil berbisik. Aku lihat dia hanya tersengih mendengar amaranku.
"hai Aufa," sapa Fikri pula. aku hanya membalas sapaannya dengan senyuman.
"jom kita pergi, I banyak kerja kena buat," kataku tatkala mereka masih lagi tidak berganjak.
"wait, Fikri bawak teman," balas Lin menjawab bagi pihak Fikri barangkali.
untuk kesekian kalinya, aku tersenyum lagi mendengar jawapan Lin.

Patutlah perempuan ni ajak aku ikut sekali. lepas tu tersengih-sengih macam kerang busuk dengan tunang dia. ni mesti diorang ada plan apa-apa ni. mataku memandang sekeliling. tidak betah menanti lama-lama begini sedangkan 10 minit tadi aku sudah boleh menjamah makanan.

"hai guys. sorry, ada hal penting tadi. so I yang lambatlah ni?" tiba-tiba datang seorang lelaki menyapa Lin dan Fikri. aku segera menoleh ke arah mereka.
"hai, i'm Daniel. u ni mesti Aufa kan?" lelaki itu menghulurkan tangan. aku hanya memandang sambil tersenyum. harapan aku semoga dia tidak berkecil hati.
"hei, u nak salam dengan dia kena kahwin dulu." wajahku merona merah. rasa ingin dipijak saja kaki Lin di sebelahku ini. fikri dan daniel hanya ketawa.
"jangan marah Aufa. Lin gurau je. kalau I nak kahwin dengan you,I kena tackle u dulu. tapi I dah ada girlfriend," balasnya. dan mereka ketawa lagi. come on! kat mana lucunya? aku tak nampak pun. hmm.. macamlah aku berharap sangat nak kahwin dengan kau kan. kenal pun tidak. huh!menyampah!
"You dah habis cakap? boleh kita pergi sekarang?" tanpa sedar, kata-kata itu terkeluar dari bibir tanpa amaran. tanpa menunggu mereka, aku terus melangkah.

sepanjang perjalanan, aku hanya berdiam diri. entah mengapa mulutku terkunci, tidak becok seperti selalu. mungkin masih terasa hati dengan kata-kata Daniel tadi. Lin, sekali-sekali memandang aku dengan ekor matanya. mungkin dia turut perasan dengan perubahan aku yang kukira agak ketara. suara Fikri dan Daniel saling bertingkah. ada sahaja bahan yang mereka bualkan.

"kau kenapa bie?" soal Lin ketika kami sedang memilih lauk-pauk.
"he ruined my mood!" balasku tanpa berselindung. serentak dengan itu aku terus berlalu meninggalkan Lin yang masih lagi belum menemui lauk pilihannya.

****
aku terus merebahkan badan di atas sofa di ruang tamu sebaik sahaja memasuki apartmentku. terasa lenguh-lenguh di bahagian bahu kerana sepanjang petang tadi, aku hanya mengadap komputer sahaja. jam di tangan, kupandang sekilas. 9.oo malam. lewat lagi balik hari ini. bebanan kerja terlalu banyak untukku. terasa penat sekali.

Aufa, bangun! mandi, solat dan lepas u nak tidur, tidurlah! hatiku bersuara memberi arahan.

dengan gaya yang tersangat malas, aku bangun jua. kalau terlelap, susah pula nanti.

telefonku berbunyi sebaik sahaja aku selesaikan memanjakan diri di bawah pancuran air sebentar tadi. siapa pula yang hubungi aku malam-malam begini. nombor tak dikenali!

"assalamualaikum," kataku sebaik sahaja menekan butang accept. kedengaran suara di sana menjawan salam. lelaki.
"hmm.. i ni. Daniel." kedengaran suara lelaki itu memperkenalkan diri. aku terkejut.dari mana pula dia dapat nombor aku?
"I minta nombor handphone you dari Lin," jawabnya seolah-olah mendengar soalanku tadi.
"oh, yeke. ok, what is the important thing that makes u call me daniel?" soalku.
" i tahu you marah dengan I. lin cakap tadi," balasnya. aku sedikit marah dengan Lin. tak pandai simpan rahsia.
"so?"
"i nak minta maaf..." kata Daniel.
"you tak perlu pun minta maaf dengan I atau jaga hati I. I'm not your girlfriend. lagi satu, it was a small matter. Lin je kot yang memandai-mandai menambah cerita. oklah, i have a lot of things to do. bye!" kataku lalu menamatkan panggilan itu. puas hati aku. malas nak fikir. tidur lagi bagus!