Saturday, October 9, 2010

chap 11

SEPANJANG hari ini aku cuba mengelakkan diri dari terserempak dengan Daniel. sesungguhnya maluku dengannya masih belum pun hilang sepenuhnya. ingatanku kembali pada perbualan aku dengan Majid dan Nana pagi tadi. katanya, ada bos baru masuk pagi ini.

"hensem bos baru kita ni Aufa. kalah encik daniel tu?" kata Nana sambil ketawa dengan wajah yang sudah mula berangan yang entah apa-apa.
"ala perempuan kalau tengok lelaki dahi licin sikit, mula lah nak menggatal," bidas pula Majid. aku hanya ketawa. ada pula lelaki dipanggil dahi licin.
"lelaki pun dipanggil dahi licin ke? i ingat perempuan je Majid," balas nana. majid disindirnya kembali. nana ni faham pula suara hati aku ya! aku tersenyum penuh makna.
"yang you ni sengih2 aje kenapa?" Majid menegurku. mahu lari dari pertanyaan Nanalah tu.
"dia dah ada encik daniel kita tu Majid. manalah dia tak senyap je," pantas Nana menjawab.
"hish you ni. jangan nak merepek. Daniel dengan I kawan biasa je ok. i pun nak trylah mengurat bos baru ni. mana tau nasib i kan dapat bos," kataku lalu ketawa. nak main-main lagi dengan aku.
"ala... kalau you try mengurat die, habislah I. kalahlah macam ni!" balas nana sambil mencebikkan bibirnya. kemudian dia ketawa. begitu juga aku dan Majid.

hai... ada-ada saja si Nana ni.  kalaulah senang aku ni nak mengurat dah lama lah aku tak single macam ni. aku tersenyum saja mengenangkan ayat Nana itu.

telefon bimbitku berdering... aku tidak tunggu lama, terus sahaja menjawabya tanpa terlebih dahulu melihat siapa pemanggilnya.
"Aufa, jom ikut I dinner tonight."
"amboi... straight to the point," aku ketawa. Daniel memang selalu begini. cakap memang tak tapis dulu.
" you tau kan I macam mana. cuma satu je, bila I cakap I love  you, you tak pernah nak percaya," katanya lagi. aku ketawa. nak buat lawak lagilah tu.
" i malu dengan you pun tak hilang lagi Daniel. puas I elakkan diri dari you hari ni," balasku dan tidak kusangka dia punyalah ketawa terbahak-bahak dihujung sana.
"aufa, u remind me back to that incident dear. why not, u just forget about it," pujuknya dalam tawa yang masih lagi bersisa. sampai hati dia bantai gelakkan aku!
"yela...." suaraku mendatar.
"hai... merajuk ke you ni?"
"tak..."
"habis ni kenapa macam tak nak cakap dengan I je ni?"
"emm.. Daniel, I nak sambung kerja ni. talk to you later," kataku lalu menamatkan panggilan.sekaligus mematikan telefonku.

entah kenapa, aku jadi moody tiba-tiba. takkan PMS kot. buat kesekian kalinya aku mengeluh. hai... asyik mengeluh je akhir-akhir ni. tak baiklah Aufa! aku menasihati diriku sendiri.

pintu bilikku diketuk.

"masuk," arahku.

wajah Nana terpacul di sebalik pintu.

"bos panggil you," kata Nana.
"kenapa dia panggil i?" soalku pada Nana walaupun soalan itu kedengaran agak bodoh ditelingaku.
"hai you ni... dia kan bos. takkanlah dia nak panggil you, dia nak kena tanya dulu kot?" balas Nana lalu ketawa. betul jugak kata Nana tu.
" sekarang tau!" kata Nana lagi sebelum dia menutup pintu semula.

tidak sampai 5 minit, aku sudah berada di hadapan pintu bilik bosku itu. entah kenapa, berdebar-debar pula hati ini. apatah lagi tatkala ini, fikiranku melayang teringatkan perbualan  Nana dan Majid pagi tadi. ala, macam tak biasa berhadapan dengan orang hensem kan? selama ini, Adam pun hensem apa? aku kembali tersenyum. pelik betul, Adam ni kadang-kadang boleh buat aku nangis ataupun senyum apabila teringatkan dia. hish!

"masuk!" kata-kata itu kedengaran sebaik sahaja aku mengetuk pintu. cepat benar. dia memang tengah tunggu aku ke?

aku membuka pintu perlahan, penuh sopan santun. jumpa bos baru kan? aku senyum sendiri.

"aufa..." namaku disebut perlahan.

dan senyumku mati sebaik sahaja melihat siapa penuturnya...

6 comments:

adila :) said...

haha , you continued your novel :) best :D ! is it because of my inspiration ? haha , I was just joking ;)

ATIE said...

hahaha sort of la.

who r you? u dont have any blog?i want t know u better. =p

adila :) said...

do you have facebook ? i dont mind knowing you :) sorry because i dont have blog . not interested .

ATIE said...

atie osman

or dekat my main blog ade fb badge. leh klik je kt situ..

http://atieput3.blogspot.com

p/s:jgn lupa tglkan msej..takut tak teraprove.hihi

luahan said...

mana sambungannya? lama tungu ni hehe

ATIE said...

alamak kak sofi... xtersambung2 lg.hihi