Friday, January 23, 2009

.: cHaP 6 : hidup ini ibarat roda...

Hari beransur malam. Lin menghantar aku pulang setelah seharian bersamanya hari ini. Terungkai sudah segala rindu dendam antara aku dan dia. Tapi yang lebih penting, terjawab sudah persoalan-persoalan yang memenuhi ruang fikirannya.
Pertama kali melihatku, dia terus memelukku bagai sudah bertahun tidak bertemu. Mungkin jarak waktu tiga tahun sudah cukup untuk dikatakan lama. Tambahan pula dengan kehilangan aku yang tiba-tiba. Entahkan hidup, entahkan mati.

“Kau makin cantiklah baby,” katanya tiba-tiba. Aku ketawa.

“Aku seriuslah weh,” balasnya apabila aku tidak menjawab sebaliknya ketawa pula.

“Pertama, jangan panggil aku baby. Aku dah 26 sekarang. Malulah,” kataku sambil tersengih. Begitu juga dia.

“Yang kedua, tak ada maknanya, aku makin cantik. Biasa je. Mata kau je nampak lain kot,” kali ini, aku tak dapat menahan tawaku lagi. Lin pada mulanya bengang, namun akhirnya turut ketawa.

“Yelah, mata akulah. Cepatlah order. Aku dah lapar ni. Sebab nak breakfast dengan kau, aku tahan lapar dari pagi tadi tau,” kata Lin.

Tanpa menunggu lagi, kami terus memesan makanan dan minuman. Jauh benar dia membawa aku bersarapan. Ke restoran Baiduri yang satu ketika dulu menjadi mamak favourite kami berdua. Lima belas minit kemudian, makanan tiba. Dia tanpa berlengah terus makan. Lapar benarlah tu.

“Baby… ops.. aufa ceritalah macam mana kau boleh further study kat London ni? And what about Adam?” soalnya. Nama yang disebut di penghujungnya membuatkan aku terdiam.

“Apa khabar Adam sekarang?” soalku pula tanpa menjawab soalannya. Tiba-tiba keinginan untuk mengetahui keadaannya membuak-buak di dalam dada.

“Err.. Adam? Sepatutnya aku tanya kau Aufa,” balas Lin. Aku tidak pasti namun dari riak wajahnya aku mengandaikan yang dia tidak tahu perihal kehidupan Adam sekarang.

“Apa yang terjadi dengan korang ni?”soalnya tatkala melihat aku berdiam diri.

“Ada sedikit salah faham antara kami dan terputus macam tu saja,” jawabku. Ternyata jawapanku tidak memuaskan hatinya.

“Come on Aufa. He loves you so much. How come it end so fast babe? Should be no secrets between us…”dia menyoalku, mengugutku juga.

“Ok, tapi kau jangan menyampuk dan banyak tanya. Karang aku termenangis kat sini pula,” kataku padanya. Dia mengangguk.

“Tiga tahun lepas, malam yang kau datang ketuk-ketuk pintu bilik aku tu, sebenarnya aku baru dapat panggilan dari dia. Dia cakap sepupunya yang paling rapat dengan dia mengandung. Jadi dia terpaksa kahwin dengan perempuan tu sebab lelaki yang bertanggungjawab tu menghilangkan diri,” aku bercerita.

“Patutlah lepas tu kau saja elakkan diri dari aku? Lagi dia cakap apa? Tipulah. Takkanlah dia setuju saja. Dia cintakan kau sangat,” lin menyampuk, mengingkari perjanjian kami sebentar tadi. Namun aku mengangguk dan kemudian menggeleng juga.

“Apa kau ni? Angguk lepas tu geleng pula?” dia seakan marah mungkin di dorong dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak.

“Angguk sebab aku elakkan diri dari kau. Aku sedih sangat tapi aku tak tau apa nak buat. Aku rasa nak jauhkan diri dari semua orang saja. Aku geleng pula sebab lepas tu Adam tak cakap apa-apa. Aku letak telefon,” jelasku. Dia kelihatan berpuas hati pada mulanya.

“Yang kau pergi letak telefon kenapa?” soal Lin. Rupa-rupanya penjelasan aku masih belum cukup. Puas aku terangkan padanya tentang perasaan aku saat itu. Betapa sedihnya aku, betapa marahnya aku, betapa kecewanya aku hanya Tuhan sahaja yang tahu. Namun apa yang mampu aku buat melainkan menerimanya dengan redha.

“Lepas tu macam mana kau boleh further study?” Lin mengemukakan soalan lain pula.

“Lepas grad, aku balik kampung. Rumah nenek aku. Kau tahu kan? Dekat Perlis. Aku mula merancang apa yang aku nak buat. Tak lama lepas tu, aku dapat surat. Tawaran kerja dekat syarikat Marid….”

“Aku tahu syarikat tu. Aku dapat nombor telefon kau ni dari tunang aku. Dia salah seorang Engineer kat situ.,” Lin memotong ceritaku. Persoalan dari mana dia mendapat nombor telefonku kini terjawab sudah.

“ooo…hmm…3 bulan aku kerja, kemudian keluar notis interview untuk futher study kat oversea. Actually kat company aku kerja ni ada 5 orang fresh graduates and nak pilih seorang saja. Kitorang semua pergi interview dan aku yang dapat. Tapi ada kontrak la. Aku kena kerja 6 tahun lepas habis study dengan company ni. Tapi bestla sebab semua di tanggung. Cuma aku memilih untuk tinggal dengan ibu saudara aku yang menetap kat sana, Auntie Zae.

Di sana, aku ada kenal dengan seorang Mat Salleh ni. Nama dia Dean, hensem. Seriuosly kalau kau tengok mesti jatuh hati pandang pertama punyalah. Dia jiran auntie aku,” ceritaku. Dia mendengar penuh khusyuk. Apatah lagi apabila tiba bahagian aku dan Dean.

Aku meneruskan ceritaku tentang Dean. Perihal hubungan kami dan halangan yang wujud antara kami. Lin kelihatannya begitu asyik mendengar, dia kadang-kadang mengangguk, kadang-kadang menggeleng.

“Aufa, aku nak tanya sikit. Betul ke kau betul-betul sayangkan Dean?” tanya Lin. Berkerut dahinya. Aku tidak pasti mengapa.

“Aku memanglah sayangkan Dean. Dia baik sangat dengan aku. Kau tau tak, lepas dua kali putus cinta, tambah-tambah lepas aku dah betul-betul bersedia untuk sehidup semati dengan Adam tapi lain pula yang jadi membuatkan aku rasa aku malas nak fikir pasal cinta. Cinta kadang-kadang menyakitkan.

Kalau aku masih ada mama dan papa aku,aku serahkan saja soal perkahwinanku pada mereka sebab aku malas nak fikir lagi. Tetapi aku dah tak ada siapa-siapa. Kedatangan Dean seolah-olah memenuhkan apa yang tiada dalam hidup aku. Tambahan pula Auntie Zae setuju andai Dean memeluk Islam. Tapi tulah macam yang aku cerita tadi, dia sangat kuat dengan agamanya, Lin. Mungkin semua ni sudah termaktub dalam takdir aku sejak azali lagi, aku dan Dean tak ada jodoh.”


Laungan Azan dari televisyen, mengejutkan aku dari lamunan. Ingatan pertemuan antara aku dan Lin berterbangan di bawa angin malam. Sudah masuk waktu maghrib. Tanpa berlengah lagi aku terus mendapatkan tuala dan menuju ke bilik air.

Curahan air yang sejuk menyegarkan aku. kedinginan airnya, membuatkan aku dibuai perasan, entah mengapa fikiran aku asyik terfikirkan Adam. Lelaki yang pernah berjanji ingin mengambil aku sebagai isteri. Malah dia turut merancang masa depan kami.


“Nantikan, kita kahwin, sayang nak anak berapa orang?” soal Adam.
“Apa adam ni? Malulah,” balasku. Aku tahu wajahku sudah merona merah mendengar pertanyaannya.
“ala, dengan Adam pun nak malu. Nanti Adam nak kerja sungguh-sungguh. Nak jadi senior Engineer. Kalau mampu, Adam nak buka syarikat sendiri. Dapat banyak duit, Adam nak beli rumah sendiri untuk kita. Lepas tu, Adam nak 4 orang anak dari sayang. 2 lelaki dua perempuan,” katanya sambil ketawa.
4 orang? Dari aku? macam nak anak dengan orang lain jugak saja. mungkin dia tidak perasan dengan ayat yang digunanya lantaran terlalu gembira.


Dalam diam aku menangis. Pancuran air yang sejuk sudah tidak terasa. Sungguh indah kenangan itu. Aku rindukan dia. Benar. Selama ini aku tidak pernah lupakan dia, sampai ke hari ini melainkan andai ada jodoh aku dengan Dean. Mungkin aku terpaksa melepaskan kenangan Adam pergi. tidak adil untuk Dean andai aku bersama Dean tetapi hatiku masih lagi untuk Adam. Mungkin ada hikmahnya aku tidak berkahwin dengan Dean. Mana tahu, Adam kembali pada aku. Mungkin keluarga dia tidak bahagia lantaran hatinya diserahkan padaku. Mana tahu mereka berdua tidak serasi.

Aku mula memasang angan-angan. Lama-lama aku tersedar. Sudah jauh lamunanku. Ya Allah ampunkan aku kerana terlalu mengikut perasaan. Astaghfirullah…ku kesat air mata yang mengalir bersama pancuran air yang mula terasa kedinginannya..


keesokan harinya, aku mendaftar keluar dari hotel yang menjadi penginapanku selama 2 hari ini, dan meneruskan langkah kakiku ke Marid Holdings. Pada mulanya aku sangat berdebar-debar, berjumpa kembali dengan rakan-rakan setugas yang aku tinggalkan selama tiga tahun. Tetapi apabila aku fikirkan semula, berapa kerat sahaja yang sempat aku jadikan teman memandangkan hanya 3 bulan aku di Marid Holdings.

usai aku melunaskan tugasku melaporkan kepulanganku di syarikat tersebut, aku segera memohon diri. Ada sesuatu yang menggembirakan hati aku. aku sudah punya rumah sendiri. apartment milik syarikat yang disewakan kepada pekerjanya. Aku tidak tunggu lama. Selesai sahaja semua urusan, aku bergegas mendapatkan teksi dengan bantuan Ida, pengurus peribadiku. ya, kini aku punya personal assistant sendiri. macam susah pula aku nak percaya.
****

Perjalanan hidup ini umpama roda yang sedang berpusing. Kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah. Hari ini orang lain gembira, hari esok mana tahu kita pula. sekali kita gagal, tidak selamanya kita gagal. Sekali kita hidup gembira bukan selamanya kita hidup gembira. Roda akan terus berpusing sehinggalah tiba saat kematian kita. Menyalahkan apa jua yang terjadi seperti menyalahkan takdir untuk kita.
Aku ingat dulu, waktu itu nenek baru sahaja kembali ke rahmatullah. Mama cakap jangan meratap, nanti roh tidak tenang. Suatu hari, mama bawa aku ke taman. Kata mama, sudah lama aku langsung tidak keluar dari rumah bermain dengan teman-teman seperti selalu, ditambah pula dengan cuti sekolah saat itu.
“baby aufa sayang… baby perasan tak tadi hujan?” soal mama kepadaku.
“perasan mama, kenapa?” aku menjawab lalu kuajukan pula satu soalan.
“sekarang tengok apa ada di sana?” kata mama.
Pandangan mataku menyoroti arah yang mama tunjukkan melalui jari telunjuknya. Sebuah pelangi yang indah. Merah, jingga, kuning, hijau , biru, indigo, dan ungu. Aku merenung wajah mama. saat itu, berkerut dahiku memikirkan apa yang cuba disampaikan mama. Apa yang aku faham dengan umurku yang baru mencecah 12 tahun.
“tadi langit gelap tak bercahaya. Hanya hujan yang menjadi peneman. Kabus pula muncul menghalang keindahan. Tapi ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan, bila kabus dah tiada, lihatlah betapa indahnya pelangi yang Allah cipta. Sayang faham maksud mama?”

Kini aku sangat memahami maksud mama. Kesenangan yang muncul selepas kesusahan adalah nikmat dari Allah. Kadang-kadang kita tak sedar saat itu kita bahagia kerana kebahagiaan itu telah ditutupi oleh hati yang terlalu memikirkan kedukaan. Ujian itu merupakan tanda kasih sayang dariNya. sesungguhnya Allah hanya menguji hambanya yang beriman.

Aku segera bangun meninggalkan buai yang menjadi tempat permainanku dulu. di taman inilah, mama menunjukkan pelangi indah itu. Apakah ada pelangi indah buat aku? apakah ada sinar bahagia untuk aku di masa akan datang?

Aku melihat ke langit. Allah itu maha Adil. Pasti ada kebahagian yang tercipta untukku. Mungkin sekarang Allah sedang merencanakan sesuatu untukku. Apa yang penting agar aku tidak berputus asa dengan apa dan terjadi dan terus-terusan berdoa dan berusaha untuk kebahagiaan aku.

“Eh, Aufa bila hang balik mai sini?”

“baru tadi Mak Yam. Mak Yam dari mana ni?” terkejut aku dengan kehadiran Mak Yam yang menegur. suara itu masih kedengaran sama sepeti dulu. Segera aku menghulurkan tangan bersalam dam mencium tangannya.

“Mak Yam dari kedai Pak Toton. Beli barang sikit,” balasnya sambil menunjukkan seplastik beg barang-barang yang dibelinya. Aku tersenyum.

“Mak Yam dan Pak Tam apa khabar?” soalku berbasa-basi.

“kami sihat. Lama betul tak nampak Aufa. Nampak kurus sikit hang ni,”katanya sambil memegang lenganku. Aku tersenyum lagi.

“Mak Yam nak balik ke?” tanyaku sengaja menukar topik.

Aku lihat dia mengangguk. “jomlah kita balik sama-sama, lama tak berborak dngan mak Yam. Rindu pula,” kataku lalu tersengih begitu juga wanita yang separuh usia di depanku ini.

Dan dia masih memimpin tanganku sepertimana dia memimpin tanganku sewaktu mama pergi meninggalkan aku seorang diri mengharungi dunia ini.

3 comments:

ATIE said...

finally.. siap jugak chapter 6..


selamat membaca~~

-ain- said...

erm..
bile nk sambung nie...hehehe..
xsabar nak taw ending...

ATIE said...

hee..ending lambat lg