Wednesday, December 17, 2008

.:chap 5- cinta itu kehilangan:.

'Cinta itu kehilangan…'

Kadang-kadang kita rasa kebahagiaan itu milik kita. Tetapi sebenarnya ia bukan milik kita. Kita diuji dan terus diuji untuk mendapat kebahagian yang lebih tinggi. Mungkin Allah sedang merencanakan sesuatu untuk hamba-Nya yang serba kekurangan ini. memang susah untuk aku hadapi perpisahan kali ini kerana kehilangannya yang tiba-tiba langsung tidak kuduga.
Kata mama, kita bersedia untuk bercinta apabila kita bersedia untuk kehilangannya. Aku tidak faham maksud mama dulu. tapi kini aku sudah mengerti. Cinta kepada manusia tak pernah berkekalan. Paling tidak, ia dipisahkan dengan kematian. Betul kata mama. Apabila kita bersedia menghadapi kehilangan itu, maka barulah kita bersedia untuk bercinta.
Tiga tahun aku membawa diri, mengejar makna hidup aku, mengejar cita-citaku di kota London. Tiga tahun ini juga mengajar aku erti dewasa.



“Hi, I’m Dean. First time here?” sapa seorang lelaki ketika aku kelam kabut mencari tempat tujuku di peta yang sedang kupegang. Aku gugup sebentar. Lama aku memandangnya. Melihat keikhlasan lelaki itu, aku akhirnya mengangguk.
“yes, I’m Aufa. I’m searching for my auntie’s house. She gave me this address. Can you give me some help? ” pintaku. Sememangnya aku perlukan bantuan kala ini. jika tidak, terpaksalah aku bermalam di sini, di tempat yang aku sendiri tidak tahu. Pemandu teksi tadi menurunkan aku di sini. Sangkaku, aku sudah tiba di rumah Auntie Zae, ib,u saudaraku rupa-rupanya tidak. Auntie pula, dari tadi telefonnya tidak berangkat. Lenguh aku mendail.
“Yeah, sure. Actually, it is not far away from here. Let me show you the way,” balasnya. Aku teragak-agak. Tadi aku memohon pertolongan darinya. Kini apabila dia ingin menghulurkan bantuan aku pula yang teragak-agak dan menaruh syak-wasangka yang bukan-bukan.
“Oh, come on. I am not a bad guy. Auntie Zae is my neihgbour. She close with my mother,” kata Dean sambil tersenyum. Terserlah lesung pipit di pipi kirinya.
“Really??”tanyaku teruja. Akhirnya aku mengikut juga. Apa salahnya. Lagipun andai dia cuba menipu aku, harap-harap tendangan taek wan do aku dapat membantu.

Aku kembali ke alam realiti tatkala terasa gegaran kecil yang berlaku. Keadaan biasa apabila sesebuah kapal terbang membelah awan. Dan ini merupakan pengalaman kedua aku menaiki kapal terbang.
tidak lama selepas itu, keadaan kembali tenang, ingatan aku kembali kepada Dean, lelaki mat salleh yang tiba-tiba muncul dalam hidup aku. dia mempunyai segala ciri-ciri seorang lelaki yang diperlukan oleh seorang wanita. Kerja mewah, penyayang, kacak, romantik, berbudi bahasa dan segala yang baik-baik boleh aku ceritakan tentang dia. Namun perbezaan kami ternyata ketara. Dia sangat mengagungkan agama Kristiannya. Dan begitu juga aku, mengagumi agama Islam agama Allah yang satu ini. cinta yang cuba berputik, terpaksa aku bantutkan agar lukanya tidak mendalam. Cintakah aku?
Setelah dua tahun kami berkawan, dia menyatakan rasa cintanya padaku. Auntie Zae terkejut. Tetapi kata auntie, andai Dean bersedia memeluk Islam, apa salahnya kami berkahwin. Namun aku sedikit hampa dengan penerimaan Dean terhadap apa yang aku cuba sampaikan. Dia langsung tidak berganjak dari agamanya. Dan aku? aku tak pernah terlintas langsung untuk meninggalkan Islam kerana seorang lelaki. Allah cinta abadiku. Itu yang Islam ajarkan. Begitu juga pesan mama dulu.
“Aufa, please. Do this for me. I love you,” rayu Dean pada suatu hari. Aku memandangnya penuh kasih di samping mengharapkan pengertian daripadanya.
“no Dean. Imposibble. My love for Islam is more than my love for you,” aku menolak permintaanya. Dia kelihatan kecewa.
“I know you are a good Muslim. Hmm.. maybe we can just be friend. Special friend?” pintanya. Dia mengalah dengan pendirian aku.

Dean, aku doakan kau diberikan hidayah untuk memeluk Islam. Hampir sepanjang pengenalan kita, aku cuba untuk mendekatkan hati kau dengan Islam. Namun sehingga kini, aku masih tidak berjaya. Dan kini aku terpaksa pulang berbakti di tanah airku, meninggalkan kau dengan sebuah tafsir Al-quran sebagai hadiah. Aku percaya, kau tidak akan menghina tafsiran itu kerana kau sangat menghormati aku dan agamaku.

“Selamat tinggal, Dean,” ucapku padanya ketika dia menghantar aku di lapangan terbang bersama Auntie Zae dan keluarganya.
“selamat tinggal Aufa,” aku hairan mendengar pengucapannya. Dari mana dia belajar bercakap bahasa Melayu? “I learnt from u my dear,” balasnya soalah-olah mengerti apa yang muncul di ruang fikiranku. Kulihat dia melirikkan senyuman buatku.
“take care,” setitis air mata menitik tanpa amaran. Kesedihan perpisahan ini tak dapat kubendung lagi.
“don’t cry sayang. Please…”rayunya. Mungkin dia tidak sampai hati melihat aku begitu. Tangannya mengesat air mataku. Entah mengapa aku membiarkan sahaja perlakuannya.
Pengumuman supaya memakai tali pinggang keselamatan kerana kapal terbang akan mendarat mengejutkan aku dari lamunan. Terbang semua kenangan manis antara aku dan lelaki yang hampir-hampir mencuri hatiku ini. aku sendiri hairan, mengapa mudah hati ini jatuh hati dengan sesiapa saja yang kujumpa. Dan ke mana sahaja aku pergi pasti ada lelaki yang datang menyatakan cinta.

Aku memandang sekilas seorang wanita berusia lingkungan 40-an di sebelahku. Dia sedang nyenyak menyusun mimpi. Wajahnya kutatap. Alis matanya mengingatkan aku pada mama.
“mak cik …” aku mengejutkannya. Lambat-lambat dia mengeliat sedikit. Mungkin berkedaan begitu selama beberapa jam melenguhkan otot-otot badan.
“Kita dah nak mendarat. Kena pakai seat belt,” kataku padanya. Risau pula andai kata dia mengamuk tiba-tiba. Yelah, tidur diganggu.
Jangkaanku meleset. Mak cik itu tersenyum memandangku. Perlahan, aku dengar ucapan terima kasih daripadanya.
“siapa nama kamu?” soalnya tidak lama kemudian.
“nama saya Nuriz Aufa, makcik.”jawabku.
“nuriz… sedap nama tu. Kamu tinggal di mana?”
“buat masa ni, saya tinggal di kampung nenek saya di perlis. Bulan depan baru saya pindah ke KL ni.” Balasku. Entah mengapa aku senang bercerita dengan mak cik di sebelahku ini.
“kenapa pindah ke KL? Nuriz tak temankan nenek ke? Kerja di kampung?” soal mak cik itu. aku tergamam mendengar saranannya. Kerja di kampung? Ada ke tempat yang menawarkan kerja untuk orang berjurusan seperti aku ni di kampung?
“Eh, jangan salah faham. Maksud mak cik, siapa yang akan jaga nenek Nuriz nanti?” sambung mak cik itu lagi.
Amboi mak cik ni. Aku cerita sikit, lebih-lebih pula dia soal aku. yang aku pula pandai sangat pergi buka cerita, siapa suruh?
“Nenek saya dah lama meninggal. Itu rumah pusaka. Sekali-sekali saya akan pulang ke sana. Yang bekerja kat KL ni sebab saya ada kontrak dengan sebuah syarikat ni. tiga tahun mereka hantar saya sambung belajar dan cari pengalaman di negara luar tentang Building Survey dan hartanah. Jadi sekarang masa saya untuk bekerja,” jelasku panjang lebar.
“berapa umur Nuriz?” soal mak cik itu lagi. Makin banyak pula yang ditanya.
“26 tahun mak cik,” aku menjawab. Mak cik itu tersengih-sengih.
Tiba-tiba terasa gegaran yang kuat. Aku mengucap di dalam hati. Mungkin kami sedang mendarat. Mak cik di sebelahku memejamkan matanya serapat mungkin. Aku memegang tangannya, menenangkan dia. Dia kelihatan takut.
Pengumuman oleh pramugari bahawa kami telah selamat mendarat melegakan aku apatah lagi wanita di sebelahku ini.
“Terima kasih Nuriz. Nanti kita jumpa lagi. Ini kad mak cik. Rajin-rajin datangla ke butik mak cik,” katanya sambil menghulurkan sekeping kad. Dia melangkah pergi.
Butik Datin Athirah, Damansara. Datin?? Aku bercakap dengan datin tadi. Aku panggil dia makcik? Ha..ha..ha.. aku ketawa. Terasa lucu pula. tetapi aku tak rasa Datin Athirah ni datin yang sombong. Kalau tak tadi, tentunya aku dah kena bambu sebab panggil dia mak cik. Ala tak kisahlah. Auntie tu dalam bahasa Melayu pun maksudnya mak cik. Jadi, sama saja. cuma panggilan auntie tu nampak lebih muda panggilannya berbanding ‘mak cik’. Itulah pemikiran segelintir ‘mak cik-mak cik’ sekarang ni. Yeke? Apa-apa jelah. Setiap orang ada pandangan sendiri.
Aku bangun setelah melihat ramai yang sudah beredar dari tempat duduk masing-masing. Tiba-tiba bahu dilanggar seseorang. Kerana kedudukanku yang tidak stabil, aku kembali terduduk di tempatku tadi.
“oh, I’m so sorry.” Ucap lelaki itu. dia menolong aku mengutip barang-barangku yang jatuh.
“it’s ok.” balasku.
“sorry, I’ve to go now,” katanya. Dia memang kelihatan tergesa-gesa. Aku memberi laluan kepadanya.
Aku mencapai beg tangan dan juga sweaterku. Tidak lupa juga pada novel yang aku bawa dan baca sepanjang perjalananku pulang ke tanah air. Aku melangkah perlahan-lahan. Entah mengapa dadaku berdebar-debar. Tiba di pintu kapal terbang yang sedang ternganga luas memberi laluan kepada penumpang yang mengisi perutnya untuk keluar, aku menarik nafas sedalam mungkin. Walau apa pun yang terjadi selepas ini, aku akan terus kuat.
*********
Aku bermalam di sebuah hotel. esok aku perlu melaporkan diri di Marid Holdings Sdn. Bhd. Sebuah syarikat yang menguruskan urusan hartanah dan pembinaan. Aku bersyukur. Selepas saja tamat pengajian, aku terus ditawarkan bekerja di situ. 3 bulan aku berkhidmat, aku di hantar ke London untuk meneruskan pengajianku di sana. Semuanya di tanggung oleh pihak syarikat.
Telefon bimbitku berbunyi. Macam pernah tengok nombor ni. Tanpa berlengah lagi, aku terus menekan butang ok supaya aku dapat bercakap dengan si pemanggil.
“Hello…” aku memulakan perbualan.
“Baby!!!!!! Syukur. Betul kau rupanya. Ya Allah, rindunya aku pada kau. Mana kau pergi. lama kau menghilang. Apa jadi dengan kau dan Adam? Baby kau kat mana sekarang?” aku tergamam. Sungguh banyak persoalan dari gadis ini. Aku tahu siapa dia. Tentu sahaja si Lin, teman serumahku dulu. Sungguh banyak jasanya padaku, dan aku tinggalkan dia begitu sahaja kerana kecewa dengan apa yang terjadi dengan hubunganku dengan Adam. Kini dia menghubungiku tanpa memikirkan perbuatanku yang melupakan dia. Sungguh baik hatinya.
“baby? Kenapa kau diam? Eh, aku salah orang?sorry.. wrong number,” kata Lin.
Aku sedar dia ingin menamatkan panggilan lalu tanpa berlengah aku bersuara, “ya, aku ni Lin. Kau apa khabar?”
“Aku sihat. Kau macam mana? Puas aku cari kau. Lepas graduated kau terus menghilang. Aku hubungi kau pun, asyik tak dapat saja. Kau dah lama ke tukar nombor telefon?”soal Lin.
“Aku balik rumah nenek aku. Aku pun rindu kau Lin. Boleh kita jumpa?” balasku.
“Boleh. Tapi kau janji kena cerita semuanya pada aku. No secret ok?” di hujung ayatnya, aku terdengar suaranya menahan tangis.
“Kau nangis Lin?”
“Yelah, lama tau kau tinggalkan aku. Langsung tak hantar khabar berita. Entah kenapa kau tiba-tiba berahsia sangat dengan aku,” dia memarahi aku. Namun aku tahu, marahnya, marah sayang.
“ok.ok.. aku minta maaf ya. Esok aku ceritakan semuanya pada kau agar antara kita tiada rahsia lagi,” aku memujuknya.
“Janji tau?” dia bersuara ceria.
“Ok. Aku janji. Actually aku further study kat London dan ada seorang mat salleh hensem berkenan kat aku,” aku saja mengusiknya.
“hah? Yeke? Kau saja kan buat aku tak tidur malam ingatkan cerita kau kan,” Lin ketawa. Baguslah, dia tidak sedih lagi. Tak sangka menjadi pula tektik lama dulu ini.
“Ok, kita jumpa esok. Kau kerja tak?”
“Oh, sayang! Esok kan hari ahad. Mestilah aku cuti,” balas Lin. Aku tersengih sendiri. Tak perasan hari esok hari ahad. Ini bererti aku tak perlu melapor diri esok.
“Ok, jumpa esok my dear… Sorry for everything,” kataku memohon kemaafan daripadanya.
“Tak ada apa-apalah. Yang penting aku dah jumpa kau. Eh, kau kat mana? Boleh aku jemput kau. Aku dah ada kereta sekarang. Tunang aku hadiahkan,” di hujung ayatnya terselit kegembiraan.
Tunang hadiahkan kereta? Bertuahnya badan. Tapi padanlah. Dia anak ahli perniagaan terkenal. Mestilah dapat teman lelaki pun yang bukan calang-calang juga orangnya. Tak apalah, tuah Lin nampak sekarang. Tuah aku nanti ada lah tu. Aku tersenyum sendiri.
“Baby??” suara lin mengejutkan aku dari pelayaran minda yang sekejap tadi.
“Oh, aku kat Mid Valley,” balasku dengan rasa bersalah kerana membiarkan dia tertunggu-tunggu.
“Ok, aku jemput kau esok pukul 9 pagi. Kita pergi sarapan dulu and then pergilah mana-mana pun,” kata lin membuat keputusan.
“Baguslah tu. Aku setuju. Dah lama tak round KL. Oklah Lin, aku ngantuklah. Penat sikit. Actually aku baru je sampai dari London siang tadi,” kataku padanya.
“ok. good night baby. Mimpi aku tau,” balasnya lalu menamatkan panggilan.
Aku meletakkan handphoneku di sisi. Biarlah malam ni berakhir dengan seribu satu kenangan yang takkan pernah aku lupakan.

2 comments:

Anonymous said...

salam...nice blog..salam kenal..

ATIE said...

salam perkenalan...
terima kasih..