Monday, December 15, 2008

.:Chap 2:.

'kisah cinta impianku...'

Penat betul hari ini. kerja bertimbun-timbun tapi fikiran aku tetap fikirkan Mamat. Apa dia buat sekarang. Rindu betul aku padanya. Namun aku sudah tidak punya hak itu lagi. Nak hantar sms, dia tak layan. Nak ym, dia tak layan. Hantar komen kat friendster, dia tak balas pun. Padahal orang lain boleh je dia balas. Mungkin dia nak buang aku terus kot.

Aufa!!! Bangunlah!!! Asyik fikir dia lepas tu nak nangis. Kau tak penat ke menangis? Entah-entah dia sedap-sedap je bergelak-ketawa guling-guling dengan kawan-kawan dia ke, awek baru dia ke. Sudahlah tu. Terimalah hakikiat Aufa!
Tapi aku tak boleh…


Kau boleh. Dulu pun kau pernah putus cinta.
Dulu tu aku x bercinta.
Sekarang?
Sekarang ye. Aku sayang Mamat tu.
Dah.. kesat air mata tu. Kesian mata kau.
Tapi aku sedih…
Bukakan hati kau untuk orang lain.
Hati aku? Untuk siapa?
Adam???

Adam? Nama itu terpacul dari bibirku. Lama lelaki itu menyepi selepas menyisipkan nota tempoh hari. Adam, Mamat? Dua-dua pun hensem. Yela muka pun sama. Entah-entah diorang berdua kembar. Tapi Mamat tak pernah cakap pada aku yang dia ada kembar sepanjang 2 tahun perkenalan kami. Kalaulah Lin tahu rupa Adam tu macam Mamat, mesti dia tak kutuk Mamat lagi. Lin tak boleh buat perspektif sebegitu kerana dia tak pernah kenal, tak pernah jumpa dan tak pernah tengok Mamat tu macam mana. Tetapi aku tak nafikan setiap orang punya pendapat sendiri. Mungkin first impression Lin terhadap Mamat sebegitu. Mamat, nama pun kurang komersial. Ish, kutuk ex aku pulak!
“Mamat, mamat… rugi betul awak lepaskan saya. Sikit punya baik saya layan awak, cuba memahami awak…”
“cantik, comel… rugi betul dia,” tiba-tiba ayatku disambung. Aku berpaling ke arah suara yang baru saja kedengaran.
“Adam,” namanya terpacul dari bibirku.
“Ye, saya. Kenapa muka awak macam tu? Terkejut? Atau rindukan saya?” tanya Adam dengan nada yang sengaja dilunakkan.
“Hello… memang taklah,” balasku garang.
“dekat library pun awak boleh mengelamun ye?” soalnya. Wajahnya penuh dengan riak kebanggaan kerana dapat mengenakan aku seperti selalu.
“Hah, apa awak cakap tadi? Saya cantik, comel. Oh, terima kasihlah,” kataku lalu mengemas buku-buku yang memenuhi meja, bercadang untuk pulang.
“Takkan dah nak balik?”
“Yes Mr.Adam. Any problems regarding that?” aku menjawab dengan penuh ketegasan.
“Shuu… awak ni cakap kuat sangatlah. Kebetulan pula. Saya pun nak balik. Jom saya hantar awak,” kata Adam. Masih lagi tersenyum. Macam-macam karenah lelaki ini. Cukuplah Mamat yang seorang itu. sekarang muncul pula mamat lain. Semakin serabut hidup aku.
“Ok then. Awak baliklah dulu. Saya ada buku nak cari,” balasku. Alasan yang aku patut cari sebenarnya.
“Come onlah Aufa, dah malam sangat ni. Kejap lagi library nak tutup. Awak nak balik dengan apa?”
Dia mengingatkan aku sesuatu. Dahulu, jika aku ke perpustakaan di malam hari, Mamat akan mengambil dan menghantar aku pulang ke rumah. Dan ini kali pertama aku ke perpustakaan sejak aku putus dengannya. Malam. Aku nak balik dengan siapa? Pandangan mataku jatuh pada wajah mengharap Adam. Ikhlaskah lelaki ini? Ada maknakah di sebalik kebaikannya? Atau dia sekadar ingin menolong?
“Yelah,” balasku mengalah. Dalam hati, aku menyalahkan diri sendiri kerana tidak memikirkan semua itu. Semuanya disebabkan oleh rasa teruja ingin ke perpustakaan. Mana tahu boleh jumpa Mamat. Tetapi Mamat tak pernah pun datang ke perpustakaan. Kenapalah aku tak fikir semua itu.
“hey, mengelamun lagi. Jom. Tak puas lagi pandang muka saya?” soalannya membuatkan aku kembali ke alam nyata. Pandangan mataku segera dialihkan. Malunya aku. Ya Allah, lama sangat ke aku pandang dia tadi? Teruk betul.
Sepanjang perjalanan, hanya radio yang berdialog di antara kami. Aku mahupun dia, kami bagai kehilangan kata. Aku dengan duniaku manakala dia dengan stereng dihadapannya.

“Cintaku ini anugerah terindah dari yang maha kuasa…
Cintaku padamu tak pernah berubah meskipun kita berbeza…
Apakah salah jika aku menyinta…
Apakah salah jika engkau ternyata pilihan hati telahan jiwaku ini…”

“maafkan bila ku tak sempurna…
Cinta ini tak mungkin kucegah..
Ayat2 cinta bercerita ,..cintaku padamu..”

“Dengarkanlah permintaan hati
yang teranginya yg sunyi
dan berikanlah erti pada hidupku,..
yang terhempas …
yang terlepas pelukanmu.. bersamamu… dan tanpamu…
aku hilang selalu…”

“Aufa, kenapa nangis ni?” akhirnya dia menegurku dengan riak cemas yang amat sangat. Aku sudah tidak dapat tahan lagi. Satu persatu lagu yang diputarkan membuatkan hatiku bagai dihiris sembilu.
“Awaklah, pasang radio. Semua lagu sedih-sedih. Mana saya tahan,” balasku menyalahkan dirinya yang sememangnya tak patut langsung dipersalahkan.
Dia ketawa. Kereta diberhentikan di bahu jalan. Aku lihat dia mengesat matanya. Suka benar dia mentertawakan aku. Sampai berhenti kereta. Salah aku juga, yang menangis depan dia kenapa. Tak malu! Teruknya Aufa.
“Adam,” panggilku. Dia tidak mengendahkan aku malah berterusan ketawa. Entah apa yang lucu, aku sendiri tidak tahu. Aku ada buat lawakkah? Rasanya tidak. Nampak gaya macam gentleman tapi jangan harap. Aku yang menangis ini bukan dipujuknya, walaupun aku bukanlah minta dia pujuk tetapi ditertawakan pula tu.
“Saya balik sendiri,” kataku lalu keluar dari keretanya. Ketawanya serta-merta berhenti. Ingat aku tak berani nak balik sendiri?
“Aufa!” dia memangilku. Aku berhenti melangkah.
“Maafkan saya,” pintanya dengan wajah yang serba salah. Aku tidak pasti sama ada benar ataupun tidak.
“Apa-apa jelah. Saya nak balik,” balasku malas. Aku ingin pulang segera sebelum empangan air mataku pecah lagi. Tak mungkin aku menangis di depan lelaki ini lagi.
“Nanti,” dia menarik tanganku dari terus melangkah. “saya hantar awak.”
Aku melepaskan pegangan tangannya, “Tak perlu!”
Aku terus mengorak langkah tanpa menoleh belakang. Kalau Mamat, dia mesti kejar aku. Dia takkan biar aku seorang diri macam ni. Dia takkan ketawa tatkala aku kesedihan. Air mataku mengalir laju. Aku biarkan saja.

* * * *

“Dah bangun pun kau?” Lin menegurku.
“Siapa yang baru bangun? aku dah lama ada kat ruang tamu ni, siapkan assignment Dr Sufien,” jawabku.
“Alah, weekand ni je aku merasa nak bangun lambat. Apa salahnya,” balasnya tidak mahu kalah. Aku biarkan sahaja ayatnya itu. malas mahu melayan.
“Kau apa cerita semalam? Balik rumah, mata merah. Lepas naik balik terus. Aku panggil pun kau buat tak tau je,” dia bertanya lagi. Dalam masa yang sama muncungnya dipanjangkan. Merajuklah tu.
“Adam hantar aku semalam. Tapi separuh jalan je,” jawabku malas.
“Kenapa separuh jalan?” soalnya ingin tahu.
“yang kau interested sangat ni kenapa?”
“hello.. Adam yang hantar kau pulang ok. Adam!” ada penegasan di situ.
“Jadi kalau Adam kenapa? Jeles pula dia. Kau nak kau ambillah,” balasku malas mahu bertengkar.
“Tak naklah. Dia sesuai apa dengan kau. Eee… sudah-sudah. Teruskan cerita,” katanya sambil tersenyum macam kerang busuk.
“ok. Lepas tu dalam kereta, kitorang diam je. dengar radio je yang bercakap. Lama-lama aku termenangis. Ter… ok,” kataku padanya. Malu benar untuk kuceritakan kepadanya tetapi memandangkan dia ingin tahu sangat.
“lah, yang menangis tu kenapa?”
“waktu tu semua lagu pun sedih je memanjang. Mana aku tahan,” balasku dengan muka sedih.
“lepas tu?” katanya sambil menggelengkan kepala. Dia pujuk tak.”
“tak. Dia siap berhenti kereta tepi jalan dan ketawa tak henti-henti.”
“sebab?”
“sebab aku cakap kat dia pasal lagu sedih tulah.”
“jujur sangat kau ni,” kata Lin lalu ketawa.
“lepas tu, aku dah tak tahan sangat, aku pun keluarlah dari kereta. Dia cakap, nanti. Dia hantar. Tapi aku dah malas dah. Sebenarnya aku tengah tahan dari menangis lagi. Teringat Mamat. Jadi aku pun jalan seorang diri,” jelasku.
“Berani pula kau?” soalnya dengan ketawa yang masih bersisa. Nada mengejek sebenarnya.
“Memanglah aku berani. Selang dua buah rumah je rumah kita.”
Inilah rahsia keberanianku semalam. Kalau tak, jangan haraplah aku nak jalan balik sorang-sorang. Aku ni dahlah penakut, lepas tu suka fikir macam-macam. Perogol bersirilah, pembunuh upahan lah. Suka benar Lin dengan cerita aku. Apa tidaknya pagi-pagi lagi dah buat dia tak kering gusi ketawakan aku.
Setelah tawanya reda, dia menghulurkan aku sesuatu. Adam & Hawa. Aku menjerit. Sudah lama aku mencari novel ini yang tiba-tiba lesap dari rak novel-novelku.
“Mana kau jumpa?” soalku pada temanku itu.
“Kalau aku cerita kau janji tak marah ok?” pintanya. Ini mesti ada sesuatu yang selama ini diselindungkan dari aku.
“err… sebenarnya aku pinjam novel ni hari tu. Lepas tu tiba-tiba hilang. Dan rupa-rupanya terjatuh bawah katil aku. Aku baca ni sampai tertidur dan bila bangun dah tiada.,” jelasnya dengan muka serba salah.
“nampak sangat kau tidur buas. Lepas tu kenapa kau tak inform aku?”
“aku ingat kau yang ambil.”
“aku pula tak tanya kau sebab aku ingat aku yang salah letak.”
“sorry my dear…”pujuknya.
“nasib baik dah jumpa. Kalau tak, aku ingat nak beli baru dah.”
“kenapa sampai macam tu sekali?”
“sebab aku sayang sangat buku ni. Inilah kisah cinta impian aku,” jelasku. Kulihat wajahnya seakan kabur, mohon pengertian.
“kau percaya tak, kalau aku cakap setiap orang punya kisah cinta impiannya yang tersendiri. Tanpa diorang sedar ataupun tidak tetapi setiap orang pasti inginkan hubungan yang bahagia dan pasangan yang memenuhi kriteria masing-masing. Faham?” soalku.
“Ok. Dan ini kisah cinta impian kau?” soalnya pula sambil menunjukkan novel Adam & Hawa.
“Lebih kuranglah. Tapi aku tak mintalah aku ditangkap khalwat ke apa. Just that, Adam mukhriz Gellespie digambarkan sebagai seorang lelaki yang sengat hampir kepada sempurna. Cara dia tackle Ain tu semula, kesabarannya dengan karenah Ain yang sangat sukar terima kenyataan, sifat romantiknya, kelembutannya pada Ain dan yang paling penting, dia sangat sayang dan cintakan Ain. So Sweet,” jelasku.
“itulah criteria lelaki yang kau nak?” Lin bertanya.
“well, that’s only a story,” kataku menjawab soalannya.
“Then, janganlah kau terlalu berangan-angan. Inginkan lelaki yang sempurna. Nanti kau yang sakit. Tengoklah sekarang, baru kena tinggal dengan Mamat, kau dah macam putus nyawa,”kata Lin.
“Impian aku Lin. Tercapai atau tidak terpulanglah. Tak salah aku mengharap. Lagipun cuba kau ingat balik kisah cinta Nabi Muhammad SAW dengan isterinya Khadijah, Nabi Yusuf dengan isterinya Zulaikha. Begitu juga dengan kisah Nabi Adam dan Hawa sekalipun. Mereka ditemukan selepas bertahun-tahun berpisah. Kisah mereka semua tetap punya ranjau yang berduri tetapi masih lagi hidup bahagia dan patut dijadikan teladan. Ini tidak. Brat Pit dengan Anglina Jolie yang dipuja. Siapa lagi pasangan Hollywood yang famous sekarang?”
“Becham dengan Posh,” takut-takut Lin menjawab.
“Tahu pun,”aku ketawa kerana berjaya mengenakan dia.
“yelah, aku faham,” jawabnya dengan rasa serba salah.
“tapi betullah kata kau. Aku baru putus dengan Mamat tetapi hidup aku dah terumbang-ambing. Aku sedar semua tu. Dan dalam masa yang sama aku sedang belajar menerima kenyataan dan belajar hidup tanpa dia. Aku minta maaf pasal hal ini. setiap sesuatu tu ada baik-buruknya. Mungkin pasangan Becham yang kau minat tu ada teladannya, kau ikutlah. Yang buruk, kau tinggalkan. Tak kiralah apa-apa pun,” pujukku. Aku tak nak jika dia terasa hati.
Aku lihat dia mengangguk. Aku perlukan kekuatan dan inilah sebahagian dari kekuatan aku. Bagaimana harus aku melupakan lelaki yang begitu penting dalam hidupku. Kadang-kadang aku menyesal, kenapa semua ini terjadi selepas 2 tahun perkenalan kami. Kadang-kadang aku menyesal, kenapalah aku menerima pelawaannya untuk berpacaran. Kenapa tidak aku tutup sahaja hati ini dari mana-mana lelaki yang mungkin akan mengecewakan aku. Tetapi kalau aku tak terima lalu bagaimana aku akan tahu rasanya bahagia itu? setidak-tidaknya ini menjadi satu pengalaman dalam hidupku, yang mendewasakan aku dan memberikan aku seribu satu erti kehidupan.‘

0 comments: