Monday, December 15, 2008

.:ChAP 3:.

'Masa, bawalah dia pergi…’
Aku mesti melupakan dia. Mesti. Dia mungkin bukan lelaki yang diciptakan untuk aku. Kalau mungkin antara kami punya jodoh, aku serahkan semuanya kepada Allah Yang Maha Kuasa. Aku sudah tak berdaya bersedih begini. Hidup terumbang- ambing dan tidak bersemangat. Walaupun kesakitan masih dirasa namun apa lagi yang mampu aku lakukan. Berserah pada jodoh. Mungkin itu jalan yang terbaik. Lagipun sekarang berpacaran bukanlah satu keperluan yang dituntut. Aku kena belajar hidup tanpanya.
Tiba-tiba telefonku berbunyi. sekilas aku memandang ke skrinnya sebelum aku menjawabnya, nombor yang tak dikenali. Siapa pula?

“Hello…?” nadaku seakan bertanya siapa. Tiada sahutan. “ Hello?” kali ini aku kuatkan sedikit agar orang di sebelah sana mendengarnya.
“Errr… ya hello…” aku terpempan. Begitu lama suara ini menyepi dari halwa telingaku. Hilai tawanya, pujuk rayunya juga turut tenggelam bersama dengan semua kenangan. Kini aku pula yang tidak bersuara.
“Baby…” suaranya masih sama seperti dulu dan panggilan itu. panggilan itu tetap sama dan dialah satu-satunya lelaki yang mengambil aku ‘baby’ selain daripada ahli keluargaku.
Air mataku terus menitis laju. Tidak sempat langsung aku mengempangnya. Kenapa dia tiba-tiba muncul di saat aku bersedia melepaskan dia terus dari ingatanku ini. mengapa dia tiba-tiba menghubungi aku di saat aku bersedia melupakan dia sekaligus menyimpan kemas kenangan-kenangan kami di tempat yang tidak ada siapa yang akan ketemu.
“Jangan nangis…” pujuk lelaki itu. Ya, Mamat namanya. Mamat yang menghancurkn hati yang aku telah berikan kepadanya.
Klik… aku mematikan talian itu dan mematikan terus telefon tanganku. Pergi mamat, pergi! jangan kau tagih lagi cintaku dan segalanya yang menjadi milikku.

“Baby…” langkahku terhenti. Debaran dadaku pun berlagukan gementar. Perlahan-lahan aku berpusing ke belakang.
“hai..” Adam rupa-rupannya. Aku ingatkan Mamat. Sesaat saja sudah cukup untuk membezakan keseirasan wajah mereka.
“hai..” balasku lalu menonong meninggalkan Adam. Sedaya mungkin aku menahan air mata.
“maaf..maaf.. saya tak panggil awk dengan nama tu lagi ok?” aku terus melangkah. Mana mungkin aku menangis di depannya lagi.
“Aufa, maafkan saya!” aku mendengar suaranya. Langkahku terhenti.
“Dahlah Adam. Awak selalu buat saya menangis. Awak tau tak wajah dia sama macam awak. Awak tau tak bila awak ada depan saya, saya selalu membandingkan awak berdua,” balasku dengan deraian air mata.
“dan saya tak layak untuk awak?” soalnya. Renungan matanya menembusi mataku. Ada riak keikhlasan di situ.
“beri saya peluang Aufa. Saya tak berani menjanjikan apa-apa tetapi percayalah awakla perempuan yang muncul dalam mimpi saya.”
“saya takut Adam. Saya takut saya tak sempurna untuk awak dan awak akan tinggalkan saya mcam apa yang telah mamat buat pada saya. Hati saya hancur Adam. Seluruh cinta dan sayang saya, saya serahkan kepada dia.” Kenangan aku bersama mamat muncul di ruang fikiran. Berlegar-legar di situ. “saya takut saya tak berlaku adil pada awak.” kataku lalu melangkah dari situ.
tiba-tiba tanganku di tarik dari belakang. Langkahku terhenti. Dia memusingkan tubuhku ke arahnya lalu mengesat air mataku dengan tangan lelakinya itu. sebuah senyuman dihadiahkan untuk aku. senduku masih kuat tatkala merenung matanya. Oh masa, bawalah Mamat pergi dari hidup aku. ambillah dia dari sangkar memoriku. Nyahkan dia dari dalam hatiku. Biarlah lelaki di depanku ini mengisi tempat itu andai ini kebahagiaan yang Kau janjikan untukku.
Masa terus berlalu, Adam begitu baik buatku. Perihal hubungan kami sudah kuceritakan kepada Lin juga classmates aku yang tidak henti-henti bertanya tatkala melihat lelaki yang sama selalu menghantarku ke kelas. Dia pelajar akhir di fakulti kejuruteraan.
“hello, Adam dah kat luar ni. Mana Aufa? Kat studio lagi ke?” suaranya kedengaran di corong telefon bimbitku.
“tak. Kejap ye.” Balasku pendek. Kesiannya menungguku sudah setengah jam.
Sebaiknya pensyarah keluar dari kelas, aku pun turut mengikut jejaknya. Teman-teman pun tidak sempat aku nak menyapa.
Honda Jazz miliknya sudah kelihatan di ruang mataku. Aku mempercepatkan langkah tidak mahu dia ternanti-nanti.
“sorry..sorry..” kataku sebaik sahaja mengambil tempat duduk disebelahnya. “lecturer tadi lambat pula lepaskan kelas tadi. Kitorang dahla banyak benda nak buat. Geram betul. Dahla kasi assignment baru lagi. Adam dah mak…” kata-kataku terhenti tatkala berpusing ke arahnya.
“tangan berjalan kemas beg. Tapi mulut tu tak henti-henti bercakap. Geram Adam tengok!” katanya sambil tersenyum nakal.
Aku terdiam. Terasa darah menyerbu ke mukaku. Malunya. Dari tadi dia memerhati aku rupanya. Mataku terarah ke depan. Aku membetulkan dudukku.
“sayang, pandang sini!” arahnya. Aku membatukan diri. Sayang?? Makin bertambahlah ketebelan maluku itu.
“Adam rindu sayanglah. Pandanglah sini. Please sayang…” pujukannya menggetarkan jiwaku. Sekilas aku memandangnya.
“alah, sekejapnya. Tak sempat Adam nk tengok senyum seksi sayang tu..”
“Adam!! Mengada-ngada pula dia. Cepatla sayang! Orang dah lapar ni.”
“ha? Apa sayang panggil tadi? Adam tak dengar. Ulang lagi sekali..” pintanya penuh mengharap.
“Ala… Adam saje nk kenakan Aufa. Cepatla..” bertambah-tambah pula maluku.
“yela..nak manja-manja pun kena marah,” katanya seakan merajuk lalu menghidupkan enjin kereta dan berlalu dari situ.
“Adam…” aku memanggil namanya. Tiada sahutan. Merajukkah dia? Biasanya tak macam ni pun.
“ Adam…” aku manjakan suaraku. Aku lihat matanya tertumpu di depan.
“sayang…” aku cuba dengan panggilan itu.
“lamanya nk tunggu Aufa panggil macam tu!” katanya lalu tersengih.
“teruk!!” kataku seakan-akan merajuk dengan sikapnya.
“ hei sayang… jgn la marah ok?” pujuknya. Tanganku dicapainya. Digemgam erat dan dikucup. “Adam akan jaga sayang baik-baik!” aku terkelu. Betapa dia amat kasihkan aku. andai saat ini aku memikirkan lelaki lain memang akulah perempuan paling bodoh di dunia ini. setitis air mataku jatuh lalu cepat-cepat aku kesat. Aku tidak mahu Adam melihat air mata ini.
“kenapa air mata ni sayang?” makin ditegur makin laju ia bercucuran. Tanganku digengam erat. Saat senduku makin ketara, kereta sudah diberhentikan di bahu jalan.
“Aufa sayang Adam. Adam jangan tinggalkan Aufa. Aufa tak sanggup lagi kecewa macam dulu.” Dalam kepayahan melawan sebak, sebaris ayat itu keluar juga dari bibirku.
“Adam janji sayang…”
Walaupun aku takut untuk menaruh harapan yang tinggi namun biarlah ini pengakhirannya. Andai cintaku ini tak kesampaian, aku tak akan mencuba lagi.

0 comments: