Monday, December 15, 2008

.:chap 1:.

‘Cintaku tak kesampaian… biar kucoretkan di atas kanvas…’

Aku melangkah lemah ke tepi Tasik Varsiti Universiti Malaya. Sudah sebulan aku begini. Mengenangkan diri yang sudah kehilangan kekasih hati. Betapa lemah dan kecewanya aku, hanya Allah yang tahu. Sesungguhnya aku amat menyayangi dia. Amat. Mungkin inilah yang dikatakan cinta. Terbayang-bayang di ruang mata kenangan kami bersama. Menonton wayang bersama, bergosip bersama-sama. Aku tersenyum. Namun lama-lama air mataku mengalir. Tidak dapat kutahan lagi.

“Assalamualaikum….” kedengaran satu suara memberi salam.


Aku segera mengesat air mata yang membasahi pipiku. Siapa pula mamat yang menyibuk ni. Nak layan perasaan pun tak boleh. Nak jogging, jogging jelah. Yang sibuk-sibuk sangat ni kenapa?
“Waalaikumussalam,” jawabku tetapi tidak memandang wajahnya.
“Boleh saya duduk di sini,” pinta lelaki itu.
“Duduklah. Bukan ada nama saya pun kat situ.” Balasku kasar. Aku sedar salah aku menjawab begitu tetapi disebabkan hati yang geram, aku sudah tidak kisah lagi.
“Buat apa kat sini?” soalnya lagi. Aku masih sama. Mataku tajam memandang ke arah tasik sedangkan dia berada di belakang aku.
“Nama saya Adam,” dia bersuara tatkala aku hanya berdiam diri.
“Ada ke saya tanya awak?” balasku sambil memandang ke arahnya. Aku tergamam. Ya ALLAH apakah ujian yang Kau turunkan ini. wajahnya, wajahnya serupa. Tatkala itu air mataku menitis laju. Esakanku makin kedengaran. Aku berlari meninggalkan lelaki yang bernama Adam itu.
* * * * * *
Aku melangkah laju menuju ke Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi, mengalunkan lagu ‘I’m yours’ kegemaranku. Haih, macam manalah aku nak lupakan dia, jika semua pun ada kaitan dengan dirinya.
“Assalamualaikum..kenapa Lin?” soalku sebaik sahaja menekan punat ok.
Dia menceritakan satu perkhabaran yang sangat mengejutkan aku. Belumpun sempat aku mengatakan sesuatu, terasa badanku melayang.
“Aduh…!” jeritku. Telefonku melayang meyembah lantai. Aku pula jatuh tersembam di anak tangga yang paling bawah. Peritnya rasa sakit ini. Macam- mana boleh jatuh ni? Aku berang di dalam hati. Dalam kepayahan aku mencapai telefonku yang masih lagi kulihat berkeadaan baik. Aku memanjangkan tangan yang masih terasa sengal-sengal ini. Tak dapat kucapai. Aku menggunakan daya kakiku pula. Tetapi malangnya, masih lagi gagal. Aku cuba untuk bangun. Namun aku jatuh kembali.
Tiba- tiba aku rasa ada sepasang tangan yang membantu aku untuk bangun.
“Lain kali jalan baik-baik,” katanya. Suaranya seakan ku pernah dengar sebelum ini.
“Adam!” nama itu terpacul dari bibirku tanpa aku sedari.
“Oh, ingat nama saya?” soalnya dengan nada yang terkejut. Aku tidak pasti sama ada dia benar-benar ikhlas atau hanya mengejek aku yang meninggalkan dia seminggu yang lalu.
“Macam mana boleh jatuh ni?” soalnya sambil memautku dan dalam masa yang sama mengutip barang-barangku yang berterabur di lantai.
“tak perasan,” balasku pendek.
“Tak perasan? Alasan tak perasan pun boleh jatuh tangga? Mengelamun lah tu!” katanya. Nadanya seakan marah.
“Mana ada saya mengelamun!” aku bengang.
“Habis macam mana boleh tak perasan tangga ni? Bukannya tak pernah lalu. Bukan hobi awak mengelamun ke?” tuduhannya membuatkan kepala aku berapi. Sudahlah kita ni baru je jatuh. Sakit pun belum hilang lagi.
“Yang awak nak marah-marah ni kenapa? Saya ada minta tolong awak ke? Saya ada kacau awak ke kalau saya mengelamun? Tiada kan?kan? terima kasih!”kataku lalu mengambil barang-barangku di tangannya. Kukesat air mata yang entah bila mengalir. Mengada-ngada nak keluar pula dia. Yang jatuh tadi tak nak keluar pula. Aku lepaskan tangannya yang memautku dari jatuh. Baru sahaja selangkah aku bergerak, aku hampir jatuh sehinggalah lelaki bernama Adam itu menyambutku.
“Dahlah, jangan menangis. Jom saya hantar awak pergi klinik,” nada suaranya seakan memujuk. Namun aku masih terasa hati.
“Tak nak. Saya boleh pergi sendiri kalau saya nak.” Aku cuba melepaskan tangannya yang memautku. Die berkeras.
“Saya hantar awak ok?” katanya lalu memapahku.
“Tak payah. Saya tak nak menyusahkan awak.” Balasku masih lagi berkeras.
“Yang awak ni mengada-ngada sangat kenapa? Orang nak tolong, tak nak pula. Padahal bukannya boleh berjalan sendiri pun. Hello… saya bukan nak mengorat awak pun!” pernyataan membuatkan hatiku semakin terguris. Bukannya aku pinta ini semua.
“Sudahlah awak, makin banyak awak cakap makin banyak awak sakitkan hati saya. Saya tau, saya pun tak inginkan awak. Saya bukannya perempuan perasan yang tak tau malu.” Aku kesat air mataku yang semakin deras mengalir. Jika ini ialah Mamat, tentu dia tidak sakitkan hatiku.
“Ok..ok.. saya minta maaf. Saya tak sakitkan hati awak lagi. Saya hantar awak pergi klinik k?”
“Tak..”
“Saya hantar awak!” katanya memintas kata-kataku.
Lelaki bernama Adam itu menghantar aku pulang. Aku tidak tahu sama ada dia mengambil kesempatan atau apa tetapi sepanjang dia bersama denganku tangannya tidak pernah tidak memautku. Dari aku mendaftar sebagai pesakit sehinggalah tiba ke pintu rumahku.
“Ya Allah, kenapa kau ni Baby? Kaki kau ni kenapa? Eh, jemput masuk encik…”
“Adam,” jawab lelaki itu sambil tersenyum. Senyumannya nampak pelik. Baby! Kulihat bibirnya bergerak-gerak sambil memandang aku. Gelakkan aku la tu.
“Sempat pula kau mengorat mamat ensem..ops Mamat pulak,” Lin berbisik ke telingaku ketika dia mengambil alih sebagai orang yang memapah aku.
Adam duduk di atas sofa selepas dipelawa oleh Lin yang bermulut banyak. Sukalah tu melayan lelaki hensem. Hmmm.. hensemkah dia? Kenapa aku tak berminat pun? Mungkin sebab Mamat kot? Oh, Mamat!
“Nama saya Lin. Jurusan Alam Bina. Building survey. Encik Adam pula, jurusan apa? Tinggal di mana?” Lin memperkenalkan diri tanpa segan silu.
“Saya, kejuruteraan,” Adam menjawab. Aku mencuri-curi dengar bait-bait yang keluar dari bibirnya. Lagi? Aku tertanya-tanya sendiri. Berpatah-patah ditanya sahabatku yang kurang tahu malu ni, 2 patah sahaja yang dijawabnya.
“Err.. saya nak minta diri dululah ye. Dah lambat dah ni,” katanya sambil memandangku. Wajahnya dihiasi dengan senyuman. Aku membalas pandangannya dengan perasaan serba salah.
“Terima kasih,” kataku perlahan sambil tersenyum kelat.
Aku menghantar Adam pulang dengan pandangan mata yang bergenang dek air. Lelaki ini, dia punya sesuatu yang mengusik hati aku. Ah, persetankan semua itu! Cintaku hanya untuk Mamat.
“Baby ….. mana kau cari Adam ni? Ya Allah hensemnya dia. Indah betul ciptaan Tuhan ni,” tanya Lin yang masih lagi terpandang-pandang kelibat lelaki itu yang sah-sah sudah tiada dalam pandangan mata.
“Gedik betul kau ni! Aku yang sakit ni, kau tak tanya pun. Lelaki tu pulak yang kau sibuk-sibuk. Apa punya kawanlah,” kata-kata itu terhambur dari lidahku. Akhir-akhir ini, butir bicara aku kasar benar. Aku perasan itu. tapi biarlah. Aku berbudi bahasa pun ditinggalkan orang yang kusayang. Sekarang biar aku jadi kasar sikit.
“Ala kau ni. Bukannya tak kenal aku ni macam mana. Dah 3 tahun kita berkawan. Aku gurau je,” balas Lin yang terasa hati denganku. Bibirnya dimuncungkan. Bajet comellah tu.
“Yelah, aku minta maaf. Tolong papah aku ke bilik,” pintaku dengan muka yang tak terkata meminta belas ihsan daripada temanku yang berdaya ini.
“Tau pun nak minta tolong. Tadi kutuk aku,” balasnya sambil ketawa.
“Yang kau tu pantang nampak laki sikit yang jadi camtu kenapa? Kenalah dengan perangai kau tu,” aku menjawab kata-katanya.
“Hai cik Aufa, nasib baik kau ni comel tau. Oleh sebab aku ni suka yang comel-comel jadi aku tolong kau,” katanya lalu memapah aku bangun.
“By the way, kau tau tak kenapa aku jadi begini?” soalku ketika dia memapahku ke bilik.
“Kenapa?”
“Sebab kaulah. Ingat tak waktu kau telefon aku cakap projek kita dekat site Putrajaya tu cancel tu, punya terkejut sampai aku jatuh tangga yang ada 19 anak,” kataku lalu mencubit lengannya. Geram. Dia mengelak.
“Sempat pula kau kira tangga tu beranak berapa ye?” balasnya lalu ketawa. Kurang asam betul.

* * * * * *

Kakiku semakin sembuh. Walaupun masih lagi terhenjut-henjut, aku masih lagi meneruskan hobi baruku yang sudah hampir 3 minggu kutinggalkan. Semuanya disebabkan kemunculan lelaki bernama Adam dan seterusnya kejadian malang yang menimpa aku. Jatuh tangga. arghh.. malunya.. harap-harap tiada yang menonton.
Adam… Marahkah lelaki itu?
Sekali pandang, cantik juga tasik ni. Walaupun ramai yang cakap airnya busuk, tapi tetap ada orang yang berkayak. Jadi tak kisahlah apa yang orang lain kata. Bila hati dah suka, dah tak bau semua tu dah.
Sejuknya angin kat sini. Rasa sahaja yang sejuk tapi, bagaimana angin tu tak nampak pun. Mungkin beginilah cinta. Tak nampak tapi dirasai. Sakitnya ditinggalkan, sakitnya kecewa, sakitnya sukar diubati.
Waa…. Rasa nak menangis. Dulu aku dengan Mamat selalu lepak sama-sama kat sini. Melihat orang berriadah, berkayak. Tapi sekarang, aku keseorangan. Betapa menyesalnya aku bila mengingati kisah kami yang terputus di tengah jalan. kadang-kadang rasa macam nak terjun je dalam tasik ni. Biar hilang terus. Tapi nanti kalau aku jadi hantu pulak macam mana? Lepas tu malam-malam kacau orang yang lalu-lalang kat sini. Ish.. tak nak jadi hantu..
“cantiknya lukisan awak,” suara itu mengejutkan aku. Ya Allah, nasib baik kuat semangat.
“tak reti nak bagi salam dulu?”
“awak yang tak dengar. Kusyuk sangat mengelamun. Ops, melayan perasaan. Macammana awak melukis sambil mengelamun. Hampir sejam saya kat belakang awak, tangan awak berjalan, tapi kepala awak tak bergerak langsung. Musykil saya,” jelasnya panjang lebar sambil tersenyum penuh makna. Makna apa? Aku sendiri tidak pasti.
“Adam..! say..”
“chup…chupp.. saya suka dengar awak panggil nama saya macam tu. Panggil lagi,” pintanya. Aku semakin pening dengan karenah lelaki bernama Adam ini.
“kenapalah awak selalu muncul di depan saya?” soalku lalu membelakangi dia dan meneruskan curahan perasaanku di atas sekeping kanvas. Kanvas yang saban hari menenangkan aku, membiarkan dirinya dicontengi aku.
“Nah, lukisan awak tiga minggu lepas. Dan ini barang-barang yang awak tinggalkan hari tu. Tak sayang barang betul. Dah lama saya nak bagi tapi awak dah lama tak datang sini,” dia menukar topik, tidak menjawab soalan aku.
Aku mendengar sahaja dia membebel. Malas betul aku mahu melayan. Kalau si Lin tu suka benarlah dia.
“Kaki awak dah ok ke?”
“Dah.” Tanganku masih ligat di atas kanvas.
“Ubat ada lagi”
“Ada.”
“Dah makan ubat hari ni?”
“Dah.”
“Bosan ke dengan saya?”
Aku mengangguk. lukisan aku yang buruk ni pun dikatanya lawa. Entah mana letak mata dia. Mamat tak pernah puji lukisan aku. Yelah, sebab dia tak pernah tengok aku melukis. Betul ke cantik lukisan aku ni? Boleh jual ke? Atau dia saja nak bodek aku? Huhu… tanya dia jelah..
“Adam..” dia sudah tiada di saat aku berpaling ke belakang.
maafkan saya’ . sekeping kad itu kubaca.


0 comments: